Rehatkan Minda





JANGAN KETAWA 1:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak… Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata
tajam ke arah si isteri….
Perompak : “Sebelum kamu mati kubunuh,
sebutkan namamu!”
Isteri : “Na… nama sa… saya… Aisyah”
Perompak : “Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,”
lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : “Sebutkan namamu.
Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.”
Suami : “Namaku kamal.. tapi…. semua orang memanggilku Aisyah….”



JANGAN KETAWA 2 :
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00..
mesin komputer menjawab: “47 kg!
“Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan
mesin komputer menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai- ramai!”

No comments:

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com