Renungan Untuk Pedoman Menuju Ke kampung Akhirat




walau bagaimana besar sekalipun darjatmu didunia ini, satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.


sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.


walau banyakmanapun ketawamu di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.


sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.


walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.


walau banyak mana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.


walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di hina di dalam perut bumi.


walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan keseorangan dalam perut bumi.

.: Hadis Nabi,, Untukmu Wanita ~.

~: 19 Hadis Nabi Mengenai Wanita :~





1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.16.Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

AjalKu Pasti



Firman Allah Taala yang bermaksud :
" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya."
(Surah Al-A'raf ayat 34)

Ajalku pasti tapi tidak terlihat oleh pandanganku bilakan tibanya ia. Ajal yang Allah janjikan itu takkan tertangguh sesaatpun malah Izrail sesekali takkan alpa dalam urusannya. Sesungguhnya malaikat maut menjalankan perintah Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika tertimpa kemalangan, atau ketika diserang sakit, maka pastinya Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang kaya yang sedang hidup mewah dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira kita sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal telah tiba, maka kematian itu tidak akan tertangguh walau hanya sesaat. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut senantiasa berada di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang hayatnya sudah tamat. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Bahawa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa." Betapa seringnya malaikat maut melihat dan menatap wajah seseorang, iaitu sebanyak 70 kali dalam masa 24 jam. Andai kata kita manusia sedar hakikat tersebut, nescaya kita tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, atas sebab itu manusia tidak sesekali menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail atas Kuasa Allah. Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-tawa, seolah-olah dia tidak ada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sedikit bekal amalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Moga diri ini sentiasa beringat untuk mempertingkatkan amal dalam bulan Ramadhan yang telah dipenghujungnya ini kerana belum pasti diri akan ketemu Ramadhan seterusnya sedangkan ajal itu sangat pasti akan menjemput bila tiba waktunya.

Mengatasi Kegelisahan


seorang sufi berkata : hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara sehingga aku sibuk mencari jawapannya. ternyata aku mendapatkanya dalam lima perkara


pertama, aku mencari keberkatan dalam mengejar keperluan hidup.

Aku menemukannya saat aku melakukan Solat Dhuha


keDua: Aku mencari penerang dalam alam kubur.

Aku menemukan saat aku melekukan Solat Malam


keTiga: Aku mencari jawapan untuk pertanyaan mungkar dan Nakir.

Aku menemukan saat aku membaca Al-Quraan.


keEmpat: Aku mencari pegangan saat meniti Siratul Mustaqim.

Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah.


dan keLima: Aku mencari naungan Arasy

dan aku menemukan saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah.


sekarang hatiku beristirahat dengan tenang.

( kebun Hikmah )

Beli




Bayangkan bahawa bersama kita ada seorang kawan. Dan satu hari dia meminjamkan kita keretanya. Kita pun dengan rasa riang menggunakan kereta tersebut. Setelah beberapa lama kawan kita ini datang semula. Katanya dia mahu membeli kereta tersebut dengan harga 1 juta. Kalau nak diikutkan, dia boleh je nak ambil kereta itu sebab kereta itu milik dia tetapi dia nak beli dan itu pun dengan harga yang tidak pernah kita bayangkan pun.

Itulah analogi ayat Quran ini..

Allah SWT telah berfirman dalam Surat at Taubah, ayat 111:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.

Diri, harta, kesihatan, keluarga dan semua yang ada pada kita adalah milik Allah. Kalau Dia nak cabut benda-benda itu dari kita, bila-bila masa pun Dia mampu melakukannya. Tapi apa yang Allah katakan? Dia nak beli semua itu. Dengan apa? Dengan syurga yang terlalu mahal.

Hebat bukan kasihNya pada kita? Sebak rasanya apabila memahami ayat ini…

--------------------------

Siapakah Aku Dihadapan Tuhanku

Subuhnya
Di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhanku.


Zohornya
Aku lebih memikikran kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhanku.

Asarnya
Aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhanku.

Maghribnya
Aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhanku.

Isyaknya
Kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan menggangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhanku.Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di disini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.

Renungan Bersama




"~Luahan hati seorang lelaki pada kekasihnya semasa bercinta,"


"Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul...Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...


Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol...Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever


Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol...Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...


Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tuju gak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...


Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum,drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya...


Saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever..
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...


Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti..."


Kesimpulannya...
Apa-apa pun,
Bercintalah sebelum AKAD..
Itukan lagi baik...
Sebab Dia dah janjikan ikatan HALAL itu kemanisan yang lebih dari percintaan sesama ajnabi.
Tanpa couple,kita masih mampu merasa bahagia melalui PERKAHWINAN.
Betul tak?


P/s- Andai anda seorang Wanita Muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalau anda seorang Muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Nak membinanya dengan kecantikan bukan dengan berpasangan tapi..dengan ikatan pernikahan(Baitul Muslim).

Rehatkan Minda



MUDANYA IBU DAN AYAHKU

Sepasang suami isteri menerima sepucuk surat daripada anak prempuan mereka yang sedang menuntut di luar negara.
Isi kandungan surat itu antara lain berbunyi : “Wahai ayah dan ibu yang ku sayangi, saya amat merindui kalian. Saya tidak tahu bilakah saya akan kembali ke rumah tetapi rasa nya masanya masih begitu lama lagi.”
”Hati saya bakal hancur apabila mengenangkan detik apabila saya pulang ke pangkuan keluarga kelak, ayah dan ibu akan menjadi tua.”
"Oleh itu saya sertakan sebotol cecair yang saya cipta.Ia akan menjadikan ayah dan ibu awet muda agar apabila saya pulang kelak, usia ayah dan ibu sama seperti saat saya berangkat.
"NOTA,ambil setitik sahaja"


Apabila pasangan muda itu membuka sampul surat , mereka melihat cecair berwarna merah ,si suami memandang isteri lalu berkata,"Awak cubalah dulu"

Setelah bertahun-tahun berlalu, anak itu pun pulang dan mendapati ibunya kekal muda dan jelita, malah...ibu nya mendukung seorang bayi di pelukannya.
Dengan gairah ,ibu itu bercerita bagaimana mujarabnya cecair itu. Anaknya gembira lalu bertanya kan ayahnya.


"Anakku sayang ,ayahmu terlalu cemburu melihatkan betapa muda dan jelita nya ibu sekarang sehinggakan dia meminum keseluruhan cecair di dalam botol itu,''
Anak nya pun bertanya ,"Jadi dimanakah ayah sekarang?"
Si ibu menjelaskan: “ini ha....yang ibu gendong inilah ayah mu nak.” : )

Impian Ku


Impianku…
menjadi wanita solehah
seperti Hajar yang tabah…


Impianku…
menjadi wanita solehah
hiasan duniawi yang terindah
lemah tak bererti kalah
sopan lambang gaya muslimah
indah budi pekerti
dipenuhi sifat mahmudah


Impianku…
menjadi wanita solehah
hidup dalam ketaqwaan
mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
bagai wangi pusara Mashitah



Mampukah aku menjadi wanita solehah…?
seperti Rabiatul Adawiyah
dan juga Siti Khadijah…
aku hanya insan yang lemah
dalam menenempuh tipu daya duniawi
pengharapanku hanya Allah


Oh Tuhan…
kuatkanlah hati ini
bantulah hamba-Mu ini
dalam mencpai impian yng suci..

Kawal Kemarahan Anda .

Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a, daripada Nabi
s.a.w baginda bersabda
:

Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia boleh
melepaskan kemarahannya, maka pada hari kiamat Allah
s.w.t akan memanggilnya di hadapan semua makhluk
kemudian dia disuruh untuk memilih mana-mana bidadari
yang diinginkan olehnya.


(Hadis riwayat Imam Tirmizi). -------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya memendam kemarahan.
2- Nilai memaafkan kesalahan orang lain ketika mampu
sama dengan orang yang insaf.
3- Kekuatan mental dan kekuatan fizikal akan jelas
terpamer dalam situasi yang tertekan sehingga boleh
membangkitkan kemarahan apabila seseorang itu dapat
mengawal kemarahannya dan dapat memendam perasaannya.

3 IkaTan Ketika Tidur

Apabila hendak tidur, dileher kita ada tiga ikatan :
Syaitan akan mendendangkan lagu, Tidurlah! tidurlah! tidurlah!..

Apabila tiba satu pertiga malam satu ikatan akan putus..

Apabila mengambil wuduk selepas bangun tidur ikatan kedua pula akan putus...

Apabila solat malam ikatan ketiga atau terakhir putus..

Apabila tidur kembali dan bangun pagi pada keesokkan paginya akan segar bugar..

Kesimpulannya :...

Berusahalah utk melakukan Qiamullail kerana Allah sangat suka akan orang yg menemui-Nya pada waktu tgh malam...

Rahsia Sujud Pada Perkembangan Otak Manusia




JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA)
Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka
otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara
sempurna.


Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak
akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika
seseorang itu sujud ketika bersembahyang.


"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di
Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor
tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan
darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.


"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya
dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini,
hari ini.


Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk
Islam semasa membuat kajian saraf yang
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
tidak dimasuk darah.


"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya.


Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan
tersebut sehingga ia tidak dapat
diterima oleh akal fikiran.


"Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau
telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat
ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.


"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,
madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.


Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah
lagi yang bukan Islam
, walaupun akal mereka berfungsi secara normal
tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat
keputusan secara normal.


"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia
kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan
perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka
mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.


"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya
secara lebih normal." tambahnya.

Adab-adab Pergaulan dalam Islam

1.Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-
NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-Nuur: 30)


Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan
katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-
Nuur: 31)


2.Menutup Aurat;

ALLAH berfirman
dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31
)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.


Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).


Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua
jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.



3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang
berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir
pembatas.
Sebagaimana firman-NYA:
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)



4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan;


Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)


Dari Jabir bin Samurah berkata;
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat
Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)



5.Tidak Melunakkan Ucapan

(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman
ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)


Berkata Imam Ibnu Kathir;
Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para
isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,
dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir
3/350)



6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;

Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)


Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah;
Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari
Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata
dengan memandang, zina lisan dengan berbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim & Abu Daud)


Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32
)

Awas wahai Remaja Islam


Cerita seorang kawan...



Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sesi “Ceramah Keibubapaan” di sekolah menengah agama berasrama penuh di mana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah separuh masa di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakan NGO Islam.
Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu “Murtad” dan “Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan”

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yanglain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “perangkap” yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua.
Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.
Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah
“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi awas, para ibubapa.
Satelah sekian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”
Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagaibalasan dosa.
Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”
Kata si jejaka lagi, “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”
Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapatkan dua juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima….hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.
Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.
DOA
“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin……Ya Rabbil A’lamin.

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com