New Baby.. Selamat Datang Adikku..

SELAMAT DATANG....


hari ni 30/3/2009, Ana dan Family menerima kedatangan Ahli baru dalam keluarga kami, iaitu adik kami yang ke 10. selama 9 bulan 10 hari menunggu akhirnya penungguan kami berakhir dengan sebuah kegembiraan.. seorang adik perempuan yang comel, sihat dan aktif. memecah rekod dalam keluarga apabila beratnya mencecah 3.3kg. Dilahir kan di Pusat Rawatan Keluarga MUIP ( Klinik Al-Farabi ). masih belum mempunyai nama.
gambar2 ini ditangkap selepas 7 jam dilahirkan..




Salam Sayang Untuk Semua...




Melambai Tangan kepada kakak2 & abang2 nya..



Senyuman Manis Untuk Abang2 & kakak2 nya..
Tengok 2 baru lahir je dah pandai senyum dpn kamera, tau2 je kakak dia nak tangkap gambar..




IMAN 20 sen ..


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatut nya sebanyak 20 sen.Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.


"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli karipap pun tak cukup", kata Imam tersebut.


Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.


"Tadi kamu beri saya wang baki, terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.


"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.


Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".


Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".


Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.


" DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT

" KEBAIKAN MENGHAPUSKAN KEBURUKAN

Kenapa Mesti Menjerit ??



Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"


Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, "Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak."


"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"


Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.


Guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.


Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."


Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?"


Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satupun berani memberikan jawapan.


"Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."


Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantu anda."


p/s: kawalkanlah kemarahan Anda.. senyap lebih baik dari berkata2..

Adakah Dirimu Kawan @ SahabatKu ??


Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat;


Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumah mu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cinta, bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka.Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu didalam benakmu.


Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka,mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu.
Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun.


Mereka berkata benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.


Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.


Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis.Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.


P/s : Sayangilah Sahabat anda..

Erti CINTA & Lumrah HIDUP

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?





guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kemudian jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekira nya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur di depan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya

PENINGKATAN AKAL MENURUT PANDANGAN TABIB-TABIB ISLAM

Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis.

Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka?

Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.

Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.

LARANGAN

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri

sumber : http://www.permata-ana.blogspot.com/

Hari Sukan Tahunan Pusat Pengajian Islam An-Nuur..

gambar2 semasa sukan An-Nuur.. ana adalah guru rumah sukan putih, ( rumah tentera Khandak ) gambar dibawah ditangkap semasa menyaksikan sukaneka pelajar muslimin An-Nuur & Atiq di padang Bola .



Ana dan rakan seperjuangan.... di padang An-Nuur.


gambar dalam rumah sukan merah, bersama rakan seperjuangan..
( macam duduk kat kampung plak )


dalam rumah sukan merah..

Abdussalam mujahid islam dalam rumah sukan...
masih lengkap berpakaian sukan Anis..
gambar2 sukan Anis akan di Postkan Kemudian..






Lirik Nasyid..

Di Pondok Kecil
Album : Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuang ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku kemana ayah
ku sayang ayah ku cinta ayah 2x
duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com