CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Juha 'Mr Bean' Zaman Abassiah

Juha Membalas Dendam

suatu hari aku telah bersetuju dengan beberapa orang sahabatku iaitu untuk mengadakan satu pertandingan. Jika aku dapat mengalahkan mereka, maka mereka kena menjamu aku makan dengan satu hidangan yang sedap-sedap dan bermacam-macam makanan. Dan jika aku yang kalah maka akulah yang kena jamu mereka makan.

Dengan satu syarat iaitu aku di kehendaki duduk di satu kawasan yang lapang di waktu malam di musim sejuk dan mereka tidak akan mengawasi aku bermakna aku mesti amanah tidak boleh menipu. Dan ada syarat yang lebih penting lagi iaitu jangan ada langsung tanda-tanda bahawa pada malam itu aku menyalakan api untuk memanaskan badan aku dari kesejukan, ini yang paling penting. Aku pun bersetuju oleh kerana aku yakin bahawa aku akan mampu menyahut cabaran tersebut dan aku berjanji akan benar-benar menepati syarat-syarat sebagaimana yang telah ditentukan. Maka pada malam itu aku pun berbuat sebagaimana yang telah diminta kepadaku.

Kemudian pada keesokan paginya mereka pun beramai-ramai datang menemui aku dan meminta kepadaku agar menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi dengan amanah dan jujur. Aku pun menceritakan kepada mereka: “Sesungguhnya pada malam tadi tidak ada yang aku dengar melainkan desiran dedaunan pokok yang ditiup angin. Selain itu aku juga mendengar tiupan angin yang agak kencang hingga menyebabkan aku merasakan kedinginan yang sangat dan juga aku terlihat dari kejauhan iaitu lebih kurang sebatu di depanku kelihatan api yang aku rasakan mungkin itu longgokan api.”

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun dan berkata: “Bukankah kita dah berjanji jangan langsung kamu menyalakan api ataupun ada apa-apa unsur yang boleh mendatangkan kepanasan bagi kamu, bermakna api itu dapat memanaskan badan kamu dan kamu telah menyalahi syarat perjanjian kita!” Bangun seorang lagi, dia juga berkata, menguatkan kata-kata kawannya itu tadi dan akhirnya mereka memberi keputusan akulah yang kena menyediakan kepada mereka makanan yang sedap-sedap. Aku pun bersetuju tanpa banyak cakap. Maka tibalah pada hari yang ditetapkan iaitu mereka akan ke rumahku untuk menjamu selera, sesampai sahaja mereka aku pun mempersilakan mereka masuk.

Setelah agak lama mereka menunggu, perut-perut mereka pula telah berkeroncong, maka terus mereka bertanya kepadaku: “Wahai Juha...! mana dia hidangan, kami dah lama menunggu ni?” Oleh kerana mereka sudah bertanya, aku pun mengajak mereka ke kebun yang berada di belakang rumahku. Tiba-tiba mereka terkejut kerana melihat sebuah periuk yang besar tergantung di dahan salah satu pokok yang ada di kebunku. Lalu terus mereka bertanya: “Wahai Juha... apa ini?” Aku pun berkata di samping ingin mengenakan mereka: “Takkanlah kamu sudah lupa dulu kamu katakan padaku bahawa aku akan dapat memanaskan badanku yang kesejukan di musim dingin dengan longgokan api yang jauhnya sebatu, jadi sekarang ini di depan mata kamu semua, kamu menyaksikan sebuah periuk yang berisi makanan, takkanlah dia tak boleh masak dengan kepanasan api pelita yang ada di bawahnya yang jaraknya hanya sehasta. Jadi tunggulah sampai ia masak dulu!”


Mana Dia Surat Itu
Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.

Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah”

Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.


Juha Memegang Janji
Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.

Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian. Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.

Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku. Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.

Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata: “Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya. Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah: “Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?” Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya: “Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi...

kisah :- Khalifah Umar Bin Abdul Aziz



1. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz Dan Lilin Negara




Pada Suatu malam datang seorang utusan dari salah satu daerah dan sampai di depan pintu rumah Khalifah menjelang malam. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahwa yang datang adalah utusan gabenornya.” Penjaga itu dan memberitahu Umar yang hendak masuk tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”



Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana kelakuan gabenor, bagaimana dengan harga, bagaimana dengan kanak-kanak, orang-orang muhajirin dan anshar, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan? Apakah ada yang mengadukan?



Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota tanpa ada yang disembunyikannya kepada Khalifah.



Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab , utusan bertanya kepada Umar.
“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaan dirimu sendiri ?, Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu ? . Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir tidak boleh menerangi ruangan karana cahayanya yang teramat kecil.



Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan” . Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, isteri, dan keluarganya.



Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar dengan mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.” Umar bertanya, “Apa itu?”



“Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”
Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu membelokan pembicaraan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”



Subhanallah, Segitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin.



2. Surat Khalifah Umar Kepada Gabenor Iraq

Abu Ubaid mengisahkan, Umar bin Abdul Aziz mengirim surat kepada Hamid bin Abdurrahman, yang pada waktu itu menjabat Gabenor Iraq agar membayar semua gaji dan hak-hak rutin di provinsi itu. ‘’Saya sudah membayarkan semua gaji dan hak mereka. Namun di Baitul Mal masih banyak wang”. Khalifah Umar memerintahkan. ‘’Carilah orang yang banyak hutang tetapi tidak mampu bayar hutang. Berilah ia wang untuk melunasi hutangnya.’’



Abdul Hamid kembali mengikuti kata Kalifah Umar. ‘’Saya sudah membayar hutang mereka, tetapi di Baitul Mal masih banyak wang.’’ Khalifah memerintah lagi. ‘’Kalau ada orang yang tidak memiliki harta, lalu dia ingin menikah, nikahkan dia dan bayarlah maharnya.’’ Abdul Hamid sekali lagi mengikuti kata Khalifah, ‘’Saya sudah menikahkan semua yang ingin nikah. Namun, di Baitul Mal ternyata masih banyak wang.’’





macam negeri dalam kisah dongeng rakyat .. negara yang aman, tenteram, sejahtera .. terus segala sesuatunya selalu mencerminkan ajaran agama.. inilah Kisah Teladan Umar Bin Abdul Aziz. Allahuakbar

Kisah Teladan :- Rahsia Kusyuk Dalam Sembahyang..



RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
geovisit();

Kisah Teladan :- Rasulullah Dengan Sebiji Limau




."Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kisah Teladan :- 7 perkara Ganjil



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama
, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Selamat hari Raya..

Assalammualaikum....

Selamat Hari Raya kepada semua blogger.. rasanya ana masih tak terlambat nak mengucap kan selamat hari raya... dah lama ana tak update blog... internet ngan lap top wat hal.. alhamdulillah malam ni line internet okey skit.. dapat la ana update blog yg dh bersawang nie... hari raya br ni ana sekeluarga raya kat temerloh ngan kelantan.. gambar2 kat bwh ni semua gambar hari raya dan lps ry...
umi & abah TerSayang.. masa hari Raya kat kampung...


okey semua hari ni cikgu nak ajar ABC ye.. jangan asyik tengok cikgu jer.. cikgu tahu cikgu comel.. he..he.. ( Adeen kena tinggal kat kelas Anis sebab ummi ada mesyuarat guru )


hai..
Madeena dah pandai meniarap tau..


Madeena ngan Abg Dhee.. Abg Dhee balik raya kat Malaysia.. pertama kali Abg Dhee jumpa Madeena masa Madeena umur 5 bulan.. Madeena ngan Abg Dhee ni asyik berkepit jer.. Abg Dhee cuti raya sekejap jer..


Kak Qis Ngan Madeena kat Kg .. Madeena besar dari kak Qis..


Cantik tak madeena pakai topi.. dalam umah jer pakai topi tau.. tapi nak jalan2 pakai tudung yea Deen..

Kisah TeLadan..

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar. Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa.

Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. "Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.." "Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."

Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Maafkan Mama Sayang...

Assalammualaikum...

pada pagi ini ana nak kongsi sedikit kisah yang ana baca ..

Mira mengelap badannya yang basah dengan tuala biru. Apabila dirasakan badannya sudah kering, Mira belari-lari anak menuju ke almari Mickey Mouse yang terletak bersebelahan katilnya.Dibuka almari yang berwarna coklat, Mira merenung sejenak melihat baju-baju yang tergantung. Mira membelek......................dua tiga helai baju, akhirnya Mira memilih gaun merah hati separas lutut. Baju itu sebenarnya baju Kak Diba, tapi kak Diba tak muat lagi pakai baju itu. Bukan baju ini saja milik Kak Diba, malah hampir semua baju yang tergantung dalam almari ini adalah baju kak Diba. Kak Diba besar sikit daripada Mira. Kak Diba tinggi, kalau Mira jenjeng kaki baru sama tinggi dengan Kak Diba. Pantas tangan Mira menyarung gaun itu dan Mira menggayakannya di hadapan cermin. Kemudian Mira mencapai sikat, menyisir rambutnya yang pendek. Bedak 'Baby Johnson' yang terletak di atas kepala katilnya dicapai, digoncang bedak itu dan dituangkan di atas telapak. Bedak itu disapu ke mukanya yang agak gelap. Kulit kak Diba tak gelap, kulit kakaknya yang seorang itu putih, putih macam kulit mama. Agaknya sebab itu mama sayang dan selalu cium kak Diba. Selesai menyapu bedak, Mira pantas menuruni anak tangga menuju ke pintu besar.Mira nak tunggu mama.

Semalam Mira dengar mama cakap dengan kak Diba, nak bawa Kak Diba pergi ke KFC. Mama kata nak sambut hari lahir Kak Diba. Kata Kak Diba semalam, mama beli kek coklat Teddy Bear untuknya. Mira dapat bayangkan betapa seronoknya dapat makan kek. Tiap-tiap tahun mama belikan kek untuk Kak Diba. Atas kek itu mama letakkan lilin. Tahun lepas, Mira bilang atas kek Kak Diba, ada tujuh batang. Kak Diba tiup api lilin itu sehingga padam. Masa Kak Diba nak tiup lilin orang akan nyanyi. Bila lilin dah padam orang tepuk tangan, kemudian Kak Diba pun potong kek. Kak Diba dapat banyak hadiah. Macam-macam hadiah kak Diba dapat. Tapi mama tak pernah beli kek untuk Mira, Mira pun nak tiup lilin juga, macam Kak Diba, tapi mana ada kek. Mira pun nak dapat hadiah macam kak Diba. Kadang-kadang Mira ambil kek muffin yang mama beli kat pasaraya bawa masuk dalam bilik, Mira kunci pintu bilik dari dalam kemudian Mira letakkan lilin atas kek kecil itu, kemudian Mira pun tiup. Tapi Mira langsung rasa tak seronok. Tak macam Kak Diba. Tak ada orang nyanyi dan tak dapat hadiah pun.

Mira terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman, Mira terus bangun dan berjinjit memulas tombol pintu kayu yang berwarna coklat. Pintu terbuka, Mira lihat mama dan Kak Diba keluar dari kereta. "Hai Mira," sapa kak Diba sambil menanggalkan kasut sekolahnya. Mira hanya tersenyum."Diba! pergi cepat mandi, nanti kita nak pergi KFC." Kata mama sambil berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Mira. Mira menuruti mama. Mama ke dapur, Mira ke dapur. Mama minum air, Mira tunggu, kemudian mama naik ke atas, Mira pun naik juga. Mama jeling Mira, mungkin rimas kerana Mira asyik mengekori mama. Mira buat selamba je. Mira tetap ikut mama, kalau Mira tak ikut ke mana mama pergi nanti Mira kena tinggal lagi. Mira tak nak kena tinggal. Kalau kena tinggal, tak dapatlah Mira makan kek Teddy Bear coklat, tapi itu tak penting, yang penting Mira nak pergi KFC. Mira selalu dengar Kak Diba cerita seronok sangat pergi KFC. Lina dan Aishah anak makcik Eton pun selalu beritahu mereka seronok kalau dapat ke KFC, dapat makan ayam, kentang goreng, ada permainan dan macam-macam lagi. Mira hanya terlopong mendengar cerita Kak Diba, Lina dan Aishah. Mira teringin benar nak ke sana. Lagipun Mira selalu tengok dalam TV iklan KFC, ayamnya sedap. Kalau tak sedap, masakan sampai mereka menjilat jari.

Mama masuk bilik, Mira pun masuk sama."Mira, kenapa ikut mama aje ni?," nyaring suara mama. Mira tak rasa takut pun kerana Mira dah biasa sangat kena marah dengan mama. Mira diam, hanya tunduk dan duduk di birai katil mama. Mama kemudiannya masuk ke bilik air. Bilik mama besar, ada tv, ada kerusi, katil mama pun besar, tak macam katil Mira, kecil aje.

Berhadapan dengan katil mama ada sebuah meja yang dilengkapi cermin besar, atas meja tu ada macam-macam botol dan bekas. Ada gincu, ada bedak, ada celak. Yang Mira hairan celak mama macam pencil Mira dan Kak Diba. Mira ingat lagi mama piat telinga Mira, dan rotan punggung Mira kerana gincu yang baru mama beli patah, tapi sebenarnya bukan Mira yang buat, Kak Diba yang patahkannya."Mama, tolong ikat tali belakang baju Diba," kak Diba tiba-tiba muncul. Cantiknya baju Kak Diba. Baju yang Kak Diba pakai tu, mama beli semalam. Warna putih dan ada sedikit corak."Nanti kejap Diba, mama pakai baju dulu." Mama baru keluar dari bilik air, kemudian mama meluru ke almari besar, mama membuka almari, memilih baju. Banyak betul baju mama, macam-macam warna. Mama capai blaus dan seluar panjang berwarna biru lembut.Setelah siap pakai baju, mama ikat tali baju kak Diba. Kemudian mama pimpin tangan Kak Diba ke meja soleknya. Mama ambil sikat dan menyisir rambut kak Diba yang panjang melepasi bahu. Mama tak pernah pun sikat rambut Mira. Hanya Mak Mah saja yang kadang-kadang menyikat rambut Mira. Mama kemudian ikat rambut Kak Diba, mama selitkan reben di atas Kak kak Diba. Kemudian mama selitkan juga pin rama-rama di rambut Kak Diba. Bergerak-gerak rama-rama itu. Mama ambilkan bedak dan sapu di Kak kak Diba, kemudiannya menyapu bedak, gincu dan celak. Setelah siap, mama capai beg tangan yang warnanya sama dengan baju mama.

Mama pimpin tangan Kak Diba menuruni tangga. Mira ikut dari belakang. Sampai di muka pintu Mira berlari pantas memintas mama dan Kak Diba menuju kereta Wira biru gelap, di laman."Nak pergi mana ni, Mira?" Mira diam dan semakin merapati kereta dan memegang pembuka pintu kereta. "Diba masuk." Mama membuka pintu depan."Biarlah Mira ikut kita mama.""Tak payah! menyusahkan dan buat malu saja," tengking mama dan kemudian memegang kedua belah pergelangan tangan Mira dan menyeret Mira mejauhi kereta. Mira meronta minta dilepaskan gengaman tangan mama. Makin kuat Mira meronta makin kejap tangan mama memegang lengan kecilnya itu."Eee degilnya budak ini. Mama kata masuk... masuk." Mira geleng kepala."Mak Mah, Mak Mah ambil Mira ni...," lantang suara mama memanggil Mak Mah. Mira ditariknya ke muka pintu. Mak Mah yang agak gempal itu berlari terkedek-kedek. Mak Mah pegang Mira, Mira meronta mahu dilepaskan. Mak Mah peluk Mira."Nanti Mak Mah bawa Mira pergi kedai, kita beli aiskrim ye sayang..." Mira meronta lagi, dia tak nak pergi kedai, dia nak pergi KFC. Mira dah puas pergi kedai tepi jalan sana tu, Mira dah jemu makan aiskrim. Mira nak makan aya goreng macam dalam tv. Kereta biru tua mama meluncur laju meninggalkan Mira dan Mak Mah.Air mata Mira mengalir, Mira meronta lagi. Sampai hati mama tak ajak dia, Mira leraikan pelukan Mak Mah dan berlari naik ke biliknya. Mak Mah cuma melihat saja.

Di hatinya terselit rasa simpati terhadap anak majikannya yang seorang ni. Mak Mah tahu puannya tak suka Mira. Bagi majikannya itu, kelahiran Mira seolah-olah membawa sial yang merampas sgala kebahagiaan yang dimilikinya.Mira dilahirkan bisu 6 tahun lalu. Kehadiran Mira menjadi punca perpisahan majikannya dengan suami. Rumahtangga yang dibina tanpa restu keluarga itu terus berantakan dengan kelahiran Mira. Encik Rashid tidak dapat menerima kecacatan Mira dan menuduh bahawa kecacatan berpunca dari Puan Maria. Keluarga Encik Rashid juga cuba menangguk di air yang keruh, menghasut agar Rashid meninggalkan menantu bukan pilihan mereka. Akhirnya Encik Rashid berkahwin lain dan meninggalkan Puan Maria. Penceraian mereka memberi pukulan hebat kepada Puan Maria. Segala kemarahannya dihamburkan kepada Mira yang tak pernah mengerti apa-apa. Si kecil itulah tempat dia melepaskan segala amarahnya. Kadang-kadang Mak Mah cuba menasihati majikannya itu, tapi nasihatnya ibarat mencurah air di daun keladi. Lagipun Mak Mah sedar dia cuma orang gaji, mana layak menasihati majikannya itu.

Mira menangis teresak-esak di katil. Segala benda di atas katil dibalingnya. Dia betul-betul rasa benci pada mamanya. Sampai hati mama meninggalkannya. Mama dah tak sayangkannya lagi. Memang tak pernah sayangkannya. Mama tak pernah beli baju untuknya. Mama tak pernah beli mainan atau buku untuknya. Mama cuma beli untuk Kak Diba seorang saja. Mama tak pernah cium pipinya. Yang mama cium hanya pipi gebu Kak Diba seorang. Mama tak pernah mendukungnya, jauh sekali membawanya berjalan-jalan. Cuma sekali, itupun tak sempat makan, mama telah menarik tangannya dan Kak Diba keluar dari restoran. Mira tak tahu kenapa, tapi yang pasti dan Mira lihat semua orang pandang ke arah mama, Kak Diba dan Mira. Mereka akan menjeling pada Mira bila Mira bercakap menunjukkan isyarat tangan. Mereka pandang dan berbisik-bisik. Lepas tu mama bawa Mira dan Kak Diba sebelum makanan terhidang.Mata Mira terpandang tabung berbentuk rumah yang terletak di kepala katilnya. Dicapainya tabung pemberian Mak Mah itu, Mira cuba membuka penutup tabung tersebut. Setelah gagal membukanya, Mira berasa geram sangat lalu menghempaskannya ke lantai. Berkecai tabung rumah yang diperbuat daripada tanah liat itu. Bertaburan duit. Mira pantas mengutip duit yang bertaburan itu dan kemudiannya memasukkan ke dalam poket gaunnya.Kemudian pantas Mira keluar dari biliknya dan berjalan berdengket-dengket menuruni anak tangga. Di hujung anak tangga, mata MIra melilau mencari kelibat Mak Mah. Mira tak nak bertembung dengan Mak Mah, dia tak nak rancangannya terhalang lagi. Perlahan-lahan Mira merapati pintu dan membukanya lalu keluar menuju ke arah jalan besar.

Mak Mah mengesat peluh yang mengalir didahinya dengan hujung lengan baju kurung Kedah. Letih betul rasanya hari ni, mana tidaknya, banyak betul kerja yang perlu dibereskan. Dua hari dia bercuti, membukit baju-baju tak di basuh, bertimbun pinggan mangkuk dalam sinki. Itu belum lagi sampah yang lain."Mana si Mira ni... senyap je. Biasanya petang begini Mira akan merengek nak itu, nak ini," bisik Mak Mah sendirian. "Tidur agaknya," teka Mak Mah sambil mengambil vakum untuk membersih permaidani di ruang tamu yang telah dihinggapi habuk.Terkejut Mak Mah apabila melihat pintu besar ternganga luas. Ditutupnya pintu itu kemudian dia bergegas ke tingkat atas."Mira, Mira..." jeritnya. Tiada sebarang jawapan. Mak Mah menjengah bilik Mira. Terkejut Mak Mah melihat serpihan tabung Mira bertaburan. Hatinya diserbu rasa bimbang. Sejurus kemudian terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Mak Mah pantas turun dan bergegas mendapatkan puannya. Belum sempat Puan Maria menanggalkan kasut Mak Mah menerpa."Puan, Mira dah tak ada dalam biliknya. Dia dah lari.""Lari? Mak Mah dah cari?""Dah, tabung duitnya habis pecah.""Macam mana Mak Mah jaga dia?" Puannya mula naik angin."Tadi Mak Mah membasuh, sedar-sedar masa Mak Mah nak bersihkan karpet ni, Mak Mah tengok pintu terbuka. Bila Mak Mah naik atas, Mira dah tak ada." Kian getar suara Mak Mah berkata. Kelopak matanya mula digenangi air."Ke mana pula budak ni.""Mira mana Mak Mah?" tegur Diba yang sedang memegang plastik yang sarat dengan hadiah.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba terpancul Encik Latif suami makcik Eton di muka pintu."Wa'alaikumsalam. Masuklah." Encil Latif melangkah masuk."Puan Maria, saya harap Puan Maria banyakkan bersabar. Mira... Mira...""Kenapa dengan Mira?" Hati puan Maria diserang kebimbangan.

"Mira kemalangan, dia cedera parah. Saya terlanggar dia dekat hujung simpang sana tu," kata-kata Encik Latif bagaikan menghempas batu ke kepalanya. Berpinar-pinar pandangannya."Mira... Miraaaaa...."

"Mama... Mama..." Puan Maria terasa bahunya digoncang. Bila dia membuka matanya. Diba dan Mak Mah berada di sebelahnya.

"Mama, Mira dah balik, tu ada kat luar. Tadi pakcik hantar. Tapi Mira tidur je dari tadi." Diba bersuara memberitahu mamanya.

"Tidur?! Macam mana Mira Mak Mah?"

"Sabarlah Puan Maria. Tuhan lebih sayangkan dia, sabarlah."

"Tidak... Tidak Mak Mah..."Puan Maria pantas menerpa ke ruang tamu. Dilihatnya tubuh kecil yang pernah dibencinya kaku terbaring menghadap Ilahi. Puan Maria terjelepuk.

"Maafkan mama, sayang..