Pelajar ANIS demam .!!

pengalaman pertama mengajar dan jadi cikgu.. he..3 = ) boleh tahan penatnya.. pelajar anis ni ( An-Nuur Islamic Preschool ) semuanya kecik2 lagi, pergi sekolah pun ada yang pakai pampers, pakai je tapi kalau buat hal dalam pampers 2 cikgu awal2 lagi angkat tangan x nak.. satu lagi pelajar2 anis ni ada dua tiga orang tu pelat, menambahkan kesabaran cikgunya untuk membetulkan sebutan, memandangkan anis guna sistem phonic jadi kenalah sebut betul2.dah nak masuk tiga minggu persekolahan anis berjalan lancar..



memandangkan semua pelajar anis ni demam termasuk cikgunya sekali , waktu rehat dipanjangkan dan dibenarkan menonton cd kartun bahasa arab.. tentang anak kucing yang lemah.. tengok tu semua tengah kusyuk wa tawadhu'..


walaupun cerita ni versi arab semua kusyuk siap tenganga lagi tu.. muka macam sedih tu muka demam la 2.. demam2 pun nak join sekali.. tinggal yang ni je yang datang yang lain tak dapat datang sebab demam panas..

minggu ni.. ramai pelajar anis tak datang.. semuanya demam, alahai kasihannya pelajar2 anis..yang datang pun tak sampai sepuluh orang.. hero dan heroin anis semua demam jadi anis sunyilah.. dua tiga hari ni pulak hujan panas, cuaca tak menentu.. ada juga yang nak datang jugak sekolah walaupun berbekalkan ubat dan sapu tangan untuk mengelap hingus, he..3 kuat betul semangat pelajar2 anis ni.. tapi yang tak bestnya cikgu anis dapat kerja baru, kerja yang tak rasmi.. memandangkan semua pelajar anis ni diserang flu terpaksalah cikgu anis beli tisu dan tolong lap mana2 hidung yang berhingus.. kalau dua tiga orang cikgu mampu lagi, ni dekat berbelas orang.. last sekali dengan cikgu anis pun demam siap ngan selsema lagi, lagi teruk dari pelajar anis.. ni kes berjangkit dengan pelajar anis la ni.. maaf la ye anak2 didik anis cikgu tak dapat nak cium pipi waktu salam takut karang berjangkit pulak.. ni la ujian jadi cikgu, sakit2 pun kena juga ngajar.. kalau pelajar tak datang kelas boleh lagi bermula tapi kalau cikgu tak datang alamatnya berkuncilah kelas...

Pembukaan Anis & Anak2 didik Anis

Pada 8 Februari 2009 Pusat Pengajian Islam An-nur telah menubuhkan ANIS ( An-Nuur Islamic Preschool ) terbuka kepada semua kanak2 yang berumur 4 dan 5 tahun.. menggunakan sistem phonic, buku Bacalah Annakku, Read Easy, Iqra dan Ibu ajarku jawi.


Pelajar-Pelajar Anis seramai 14 orang. 9 banin dan
5 banat. pelajar termuda Anis berumur 3 tahun.

aktiviti Anis. Membentuk huruf menggunakan tanah liat serta
menyambung titik ke titik.

waktu rehat Anis. Pelajar Banat Anis tengah menjamu selera



pelajar banin Anis tengah menjamu selera. makanan dimasak
oleh pembantu Anis.

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com