Haram Mempercayai Horoskop


horoskop @ tilik nasib

Horoskop dan Astrologi ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia.

Misalnya Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya.

Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu. Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra bahawa rasulullah salallahualaihiwasa lam telah bersabda : Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

Telah jelas hukum sihir bahawa ianya haram menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.

''Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya. Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan seperti mengetahui arah perjalanan dan juga membuat kajian angkasa lepas bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.

Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.

Maka cukuplah dengan tiga perkara yang dinyatakan sahaja jangan nak ambil yang lebih daripada itu... kalau ada rase lebih dari itu lupekan je lah.......sudah-sudah tu......banyak lagi ilmu yang boleh dipelajari...sedangkan pula dalam masa yang sama ilmu yang dah ada kat dalam dada tu pun tak ter amal2...sok jawab kat akhirat......pasal apa ada ilmu tak amal...hmmmm...

.................................................................................................................

tapi kan horoskop tu kadang kala ada gak yg terkena pd diri kita ek....

Sebab Allah berikan larangan itu sebagai ujian kepada hamba2Nya untuk membezakan antara yang beriman dengan tidak.
Sebab itulah horoskop ni ada yg mmg kena dengan kita dan kekadang bila kita baca balik mmg bertepatan dengan apa yg berlaku dengan hidup kita. Di sinilah datangnya ujian. Kalau horoskop tak pernah mengena maka mudahlah untuk kita lupakan maka bukanlah ujian pula bagi kita.
Ambil contoh arak misalnya, Allah pun ada nyatakan dalam Al-Quran bahawa arak itu memang ada kebaikkan TETAPI dosa itu lebih besar! Itulah namanya ujian.
-------------------------------

No comments:

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com