Beza Antara LeLaki & Wanita


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah Baligh.. Manakala Dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, Dosa Isteri, Dosa anak perempuan & Dosa anak lelaki yang belum Baligh. BERATKAN ???

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya & sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawab maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua , manakala perempuan Tidak, Perempuan hanya perlu Taat kepada suaminya. Isteri berbuat Baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih2 lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar Suami perlu tanggung. kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sperti gunung dengan Semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. lelaki mati cepat kerana x larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya.. ( Ikut Kajian Laaa )


WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta kebenaran izin daripada suaminya apabila mahu keluar rumah tapi tidak sebaliknya..saksinya kurang berbanding lelaki. menerima pusaka kurang daripada lelaki..Perlu menghadapi kesusahan untuk mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. talak terletak ditangan Suami dan bukan isterinya. Wanita kurang beribadah kerana masalah haidh dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya ?? benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan ? itulah bandingannya dengan seorang wanita.

wanita perlu taat kepada suaminya tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?? Wanita meneriman pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya & tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat didoakan oleh segala haiwan. Malaikat & seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampunkan Allah ( dosa kecil ).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

  1. Isterinya.


  2. Ibunya


  3. Anak perempuan.


  4. Saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, Tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :-

  1. Suaminya


  2. Ayahnya


  3. Anak lelakinya


  4. Saudara lelakinya

Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :-


  1. Sembahyang 5 waktu sehari Semalam


  2. Puasa Di Bulan Ramadhan


  3. Taat Suaminya


  4. Menjaga Kehormatanya.

Seorang Lelaki perlu pergi berjihad Fisabilillah tetapi wanita jika Taat akan suaminya serta menunaikan Tanggungjawab kepada Allah akan turut menerima pahala orang pergi berjihad Fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah.... Sayangkan Allah pada wanita.

Seorang Wanita adalah pelengkapnya dan semamangnya istimewa disisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki kamu sebenarnya adalah istemewa disisi Allah, maka dengan itu dia mengangkat kamu menjadi pemimpin maka dengan keistimewaan itu jagalah dan hargailah wanita dengan sebaik-baiknya supaya kelak masing2 lelaki & wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa DisisiNya InsyaAllah..

Salam Maal Hijrah.. Sama-samalah kita menjaga Hubungan Sesama manusia agar diberkati & Diredhai Oleh ILAHI.

" Dan Carilah pada Apa yang Dianugerahkan Allah Kepadamu untuk Kebahagian Di Akhirat. Dan Janganlah Kamu lupa Bahagianmu Di akhirat, Dan Berbuat Baik kepadamu Dan jangan pula kamu membuat Kerosakan.


- Al-Qasas, Ayat 77-


PENGENALAN AWAL MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.


Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya. Doa Awal Tahun
Maksudnya :


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka
.


PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM


1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:




  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.

  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.

  • Allah menjadikan 'Arasy.

  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.

  • Allah menjadikan alam.

  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.

  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Kem Intensif Hafazan Al-Quraan



Assalammualaikum...
Ana ingin memohon beribu keampunan kepada semua pengunjung blog, masuk blog ana asyik entry yang sama.. terima kasih juga kepada pengunjung yang sudi singgah ke blog ana biar pun blog ni dah bersarang..

Baru2 ni Pondok An-Nuur ada mengadakan Kem Intensif yang diadakan selama 14 hari.. Kem ini diadakan setiap tahun.. Tahun ini ana jadi Fasilitator muslimat. Peserta Muslimat 50 orang.. ada 3 kumpulan.. Muslimin dalam 100.. Alhamdulillah sambutan tahun ini amat baik.. Biarpun dalam hujan yang lebat.. Mereka hadir juga untuk menyertai Kem, ini la Sunnah Orang Berjuang..

Kalau dulu ana Bergaul dan mengajar kanak-kanak bawah 5 tahun.. kini ana kena mengajar & bergaul dengan remaja linkungan 8 thn - 16 tahun.. dalam kumpulan Ana ada 16 orang.. paling muda 8 tahun.. bila bercampur usia ni jadi cara penyampaian masa mengajar pun kena bersesuaian untuk umur2 mereka.. x boleh nak samakan dengan kanak 5 tahun.. mula2 ana Takut juga, takut x dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.. Ana cuba mengambil tanggungjawab ini untuk dijadikan pengalaman.. ' pengalamanlah mematangkan kita ".

Ana perkenalkan Fc2 yang terlibat kem in. Fc yang pertama Ustazah Nurul Husna Al Hafizah, Kedua Ustazah Liyana Lokman, Ketiga Ustazah Muslimatul Husna Mokhtar ( Ana )..

Kelas Al-Quran Untuk Hafalan Baru bermula Lepas subuh.. Sambung Kelas dalam pukul 9 pg untuk ulangan hafalan..sampai kul 12.. kul 2.30 tgh hari kelas fardhu Ain ( Tauhid. Feqah. Tajwid ) petang Riadah.. Maghrib Talaqqi Al-quraan Berkumpulan pas 2 pas insya' kelas Akhlak & Adab Dan Doa2 Harian.. Sepanjang program berjalan tak terasa penat, walaupun masa 2 makan, minum tidur x cukup tapi Alhamdulillah kepenatan 2 dapat diatasi bila berjumpa dengan pelajar2.. mungkin inilah dikata orang kemanisan berjuang dijalan Allah..

Ana Kumpulan Uzlah Hannan.. dalam kumpulan 2 ada 16 orang pelajar.. Ana cukup sayang semua pelajar ana ni.. mereka baik dengar kata, hormat guru rajin dan patuh atas arahan guru.. walaupun ada juga yang suka main2 dan tidur dalam kelas, tapi ana faham.. mereka semua datang dari latar belakang yang biasa.." Banyak orang banyak la ragamnya ". jadi kenalah banyak bersabar...

Ana Gembira sangat sebab kumpulan ana dapat membuktikan yang mereka boleh.. kumpulan ana johan Bola jaring, Sukaneka, Uji Minda Dan Johan Keseluruhan Muslimat.. Sebagai Guru KUmpulan ana tumpang Gembira atas kejayaan Pelajar Ana.. Keputusan peperiksaan pun kumpulan ana ramai yang dapat keputusan Cemerlang.. TahNiah ... = )

Hari yang paling ana x suka ialah hari perpisahan.. tapi adat la " Dimana ada PERTEMUAN disitu ada PERPISAHAN ". perpisahan 2 perit sangat.. Menitiskan titisan mutiara dan emosi.. Nak berpisah dengan mereka .. HEmmm... sedih sangat..24 jam asyik mengadap muka diaorang jer.. tiba2 dah nak pergi.. Akhirnya Ana merelakan pemergian mereka (walaupun mase 2 mata dah merah Air mata dah sebaldi = / ).. " Wahai Adik2 ku teruskanlah perjuangan .. ".

setakat disini je la yang dapat ana coretkan.. tetiba rindu plak kat diaorang.. seminggu 2 ni sensetive skit, x boleh cite pasal diaorang mesti sedih.. ustazah rindu kat Kumpulan Uzlah_Hannan09..

p/s :- kalau ada pelajar kem intensif 2009 yg terjumpa/terbaca blog ni jgn lupa call ustazah yea..

- LOVE U ALL -

Gambar perhimpunan Keluarga Lambury 2009

Assalammualaikum...
Baru2 ni Ana ada perhimpunan Keluarga kat Kelantan.. x sempat up date sebab lama sangat Cuti2 malaysia.. duk dalam kereta jer.. ana nak kongsi gambar2 nie jer kat semua pengunjung.. tak sempat nak cerita panjang2 sebab sekarang ana tengah mengikuti program Kem Intensif Hafazan Al-Quraan selama 2 minggu..


gambar masa perjumpaan.. x ramai yang datang sebab hujan..



Tetamu yang jauh..Wajah2 yang menghadirkan diri ke perjumpaan Lambury..


Ragam Madeena di Malam Hari.. Happy memanjang..



4 puteri Abah & ummi.. Doakan Kami jadi Anak yang Solehah Di dunia dan akhirat..


1. Muslimatul Husna Bt Mokhtar
2. Mu'minatul Hassanah Bt Mokhtar
3. Qiswah Shahedah Az-Zahrah Bt Mokhtar
5.Madeena Aleesya Munawwarah Bt Mokhtar

Qiswah & Madeena..
Sekian,
An-Nuury Princess 2456

Cerita Anis; Gambar

Assalammualaikum...
hari ni Ana nak kongsi gambar..


Gambar pelajar kelas Anis 2009.

Kotak Atas Dari kiri : Zulaika 5, Najihah 4, irnilam 5, ayuni 4, Balqis 4, Qiswah 4, Aina 4, Aziz 5, Baihaqi 5.

Kotak Atas Kanan: Gambar Beramai2 pakai mask..
Kotak Bawah Kiri: Gambar Pelajar Perempuan Kelas Anis

Kotak Bawah Dari Kiri : Hilman 3, Lokman 5, Adha 4, Saiful 3, Salam 5, Ayyash 4, Al-Amin 4, Zarul 5, Sulaiman 3.





Ni plak gambar masa lawatan, x jadi lawat Zoo Sebab Hujan tanpa henti2.. jadi tukar plan, pergi Pameran Dinasour.. Free la untuk Budak2 bawah 4 tahun.. ingatkan mahal.. Gambar kat atas 2 masa diaorang tengah busy menggali fosil Dinasour, Gambar gelap sebab pameran ni dalam bangunan Yayasan Pahang.. x sempat nak tangkap banyak2.. sibuk melayan kerenah budak2.. macam2 Fe'el ,ada yang happy 2 sampai x larat nak control .yang nangis pun ada, jenuh nak pujuk..

Cerita Anis :- Peperiksaan Akhir Tahun Anis

Assalammualaikum...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.. akhirnya pelajar An-Nuur Islamic Preschool dapat kejayaan dalam peperiksaan baru2 nie... Ana sebagai guru Anis bersyukur dan tumpang gembira atas kejayaan anak2 didik Ana,Alhamdulillah peratus mereka pun dapat dibanggakan.. mereka semua adalah anak2 didik Anis yang pertama sejak pertubuhan kelas ini pada februari 2009.. Ana harap mereka dapat mengecapi lebih banyak kejayaan selepas ini, semoga mereka dapat mengimbangkan ilmu Dunia dan akhirat..
dibawah ni Ana letak beberapa keping gambar pelajar Anis, mereka ni semua dapat No 1- 5 dalam kelas..sejuk mata bila pandang Budak kecil nie..


Nama :- Intan Irnilam Putri Binti Mahabbar.
umur:- 5 tahun
kedudukan dalam kelas. 1/19
peratus. 96.3 %


Nama : Imam Izzuddin Abdussalam B Mokhtar
Umur : 5 tahun
kedudukan dalam kelas. 2/19
peratus : 93.6 %
email: salamqiswah2456@yahoo.com
Blog :- http://salamqiswah.blogspot.com



Nama: Tengku Abdul Aziz B Tengku Azmil
Umur :- 5 Tahun
kedudukan dalam kelas :- 2/19
peratus : 93.6 %


Nama:- Nur Nazira Ayuni Bt Mahussin
Umur :- 4 Tahun
Kedudukan dalam Kelas :- 4/19
Peratus : 89.4 %


Nama:- Norasyikin Balqis Bt Jamadil

Umur :- 4 Tahun
Kedudukan dalam kelas :- 5/19
Peratus : 87.5 %

hem 2 la wajah anak2 didik ana. periksa kali ni dari no 1-10 semuanya peratus 'A'.. yang selebihnya peratus lulus. salam dengan Aziz 2 Share nombor, diaorang 2 kamcing sangat.. semua benda nak kongsi, nak makan sama2, diibaratkan kalau dalam kelas diaorang ni x blh dipisahkan.. Favourite diaorang ni BEN 10, hr2 cite BEN 10, sampai boring cikgu dia nak dengar..

lepas periksa hajatnya nak bawa diaOrg nie g jalan, cam lawatan.. tengah cari port yang sesuai.. kat Yayasan Pahang ada Pameran Dinasour tapi katanya masuk kesana mahal.. kena cari tempat lain, lastnyer g Zoo Teruntum.. Budak2 ni dah Hepy nk g Taman Haiwan ..

Tapi Kita merancang hanya Allah menentukannya.. InsyaAllah jadi, dapatlah anak menggembirakan hati2 anak kecil ni..

Amin..

Juha 'Mr Bean' Zaman Abassiah

Juha Membalas Dendam

suatu hari aku telah bersetuju dengan beberapa orang sahabatku iaitu untuk mengadakan satu pertandingan. Jika aku dapat mengalahkan mereka, maka mereka kena menjamu aku makan dengan satu hidangan yang sedap-sedap dan bermacam-macam makanan. Dan jika aku yang kalah maka akulah yang kena jamu mereka makan.

Dengan satu syarat iaitu aku di kehendaki duduk di satu kawasan yang lapang di waktu malam di musim sejuk dan mereka tidak akan mengawasi aku bermakna aku mesti amanah tidak boleh menipu. Dan ada syarat yang lebih penting lagi iaitu jangan ada langsung tanda-tanda bahawa pada malam itu aku menyalakan api untuk memanaskan badan aku dari kesejukan, ini yang paling penting. Aku pun bersetuju oleh kerana aku yakin bahawa aku akan mampu menyahut cabaran tersebut dan aku berjanji akan benar-benar menepati syarat-syarat sebagaimana yang telah ditentukan. Maka pada malam itu aku pun berbuat sebagaimana yang telah diminta kepadaku.

Kemudian pada keesokan paginya mereka pun beramai-ramai datang menemui aku dan meminta kepadaku agar menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi dengan amanah dan jujur. Aku pun menceritakan kepada mereka: “Sesungguhnya pada malam tadi tidak ada yang aku dengar melainkan desiran dedaunan pokok yang ditiup angin. Selain itu aku juga mendengar tiupan angin yang agak kencang hingga menyebabkan aku merasakan kedinginan yang sangat dan juga aku terlihat dari kejauhan iaitu lebih kurang sebatu di depanku kelihatan api yang aku rasakan mungkin itu longgokan api.”

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun dan berkata: “Bukankah kita dah berjanji jangan langsung kamu menyalakan api ataupun ada apa-apa unsur yang boleh mendatangkan kepanasan bagi kamu, bermakna api itu dapat memanaskan badan kamu dan kamu telah menyalahi syarat perjanjian kita!” Bangun seorang lagi, dia juga berkata, menguatkan kata-kata kawannya itu tadi dan akhirnya mereka memberi keputusan akulah yang kena menyediakan kepada mereka makanan yang sedap-sedap. Aku pun bersetuju tanpa banyak cakap. Maka tibalah pada hari yang ditetapkan iaitu mereka akan ke rumahku untuk menjamu selera, sesampai sahaja mereka aku pun mempersilakan mereka masuk.

Setelah agak lama mereka menunggu, perut-perut mereka pula telah berkeroncong, maka terus mereka bertanya kepadaku: “Wahai Juha...! mana dia hidangan, kami dah lama menunggu ni?” Oleh kerana mereka sudah bertanya, aku pun mengajak mereka ke kebun yang berada di belakang rumahku. Tiba-tiba mereka terkejut kerana melihat sebuah periuk yang besar tergantung di dahan salah satu pokok yang ada di kebunku. Lalu terus mereka bertanya: “Wahai Juha... apa ini?” Aku pun berkata di samping ingin mengenakan mereka: “Takkanlah kamu sudah lupa dulu kamu katakan padaku bahawa aku akan dapat memanaskan badanku yang kesejukan di musim dingin dengan longgokan api yang jauhnya sebatu, jadi sekarang ini di depan mata kamu semua, kamu menyaksikan sebuah periuk yang berisi makanan, takkanlah dia tak boleh masak dengan kepanasan api pelita yang ada di bawahnya yang jaraknya hanya sehasta. Jadi tunggulah sampai ia masak dulu!”


Mana Dia Surat Itu
Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.

Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah”

Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.


Juha Memegang Janji
Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.

Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian. Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.

Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku. Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.

Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata: “Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya. Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah: “Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?” Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya: “Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi...

kisah :- Khalifah Umar Bin Abdul Aziz



1. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz Dan Lilin Negara




Pada Suatu malam datang seorang utusan dari salah satu daerah dan sampai di depan pintu rumah Khalifah menjelang malam. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahwa yang datang adalah utusan gabenornya.” Penjaga itu dan memberitahu Umar yang hendak masuk tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”



Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana kelakuan gabenor, bagaimana dengan harga, bagaimana dengan kanak-kanak, orang-orang muhajirin dan anshar, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan? Apakah ada yang mengadukan?



Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota tanpa ada yang disembunyikannya kepada Khalifah.



Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab , utusan bertanya kepada Umar.
“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaan dirimu sendiri ?, Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu ? . Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir tidak boleh menerangi ruangan karana cahayanya yang teramat kecil.



Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan” . Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, isteri, dan keluarganya.



Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar dengan mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.” Umar bertanya, “Apa itu?”



“Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”
Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu membelokan pembicaraan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”



Subhanallah, Segitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin.



2. Surat Khalifah Umar Kepada Gabenor Iraq

Abu Ubaid mengisahkan, Umar bin Abdul Aziz mengirim surat kepada Hamid bin Abdurrahman, yang pada waktu itu menjabat Gabenor Iraq agar membayar semua gaji dan hak-hak rutin di provinsi itu. ‘’Saya sudah membayarkan semua gaji dan hak mereka. Namun di Baitul Mal masih banyak wang”. Khalifah Umar memerintahkan. ‘’Carilah orang yang banyak hutang tetapi tidak mampu bayar hutang. Berilah ia wang untuk melunasi hutangnya.’’



Abdul Hamid kembali mengikuti kata Kalifah Umar. ‘’Saya sudah membayar hutang mereka, tetapi di Baitul Mal masih banyak wang.’’ Khalifah memerintah lagi. ‘’Kalau ada orang yang tidak memiliki harta, lalu dia ingin menikah, nikahkan dia dan bayarlah maharnya.’’ Abdul Hamid sekali lagi mengikuti kata Khalifah, ‘’Saya sudah menikahkan semua yang ingin nikah. Namun, di Baitul Mal ternyata masih banyak wang.’’





macam negeri dalam kisah dongeng rakyat .. negara yang aman, tenteram, sejahtera .. terus segala sesuatunya selalu mencerminkan ajaran agama.. inilah Kisah Teladan Umar Bin Abdul Aziz. Allahuakbar

Kisah Teladan :- Rahsia Kusyuk Dalam Sembahyang..



RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
geovisit();

Kisah Teladan :- Rasulullah Dengan Sebiji Limau




."Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kisah Teladan :- 7 perkara Ganjil



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama
, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Selamat hari Raya..

Assalammualaikum....

Selamat Hari Raya kepada semua blogger.. rasanya ana masih tak terlambat nak mengucap kan selamat hari raya... dah lama ana tak update blog... internet ngan lap top wat hal.. alhamdulillah malam ni line internet okey skit.. dapat la ana update blog yg dh bersawang nie... hari raya br ni ana sekeluarga raya kat temerloh ngan kelantan.. gambar2 kat bwh ni semua gambar hari raya dan lps ry...
umi & abah TerSayang.. masa hari Raya kat kampung...


okey semua hari ni cikgu nak ajar ABC ye.. jangan asyik tengok cikgu jer.. cikgu tahu cikgu comel.. he..he.. ( Adeen kena tinggal kat kelas Anis sebab ummi ada mesyuarat guru )


hai..
Madeena dah pandai meniarap tau..


Madeena ngan Abg Dhee.. Abg Dhee balik raya kat Malaysia.. pertama kali Abg Dhee jumpa Madeena masa Madeena umur 5 bulan.. Madeena ngan Abg Dhee ni asyik berkepit jer.. Abg Dhee cuti raya sekejap jer..


Kak Qis Ngan Madeena kat Kg .. Madeena besar dari kak Qis..


Cantik tak madeena pakai topi.. dalam umah jer pakai topi tau.. tapi nak jalan2 pakai tudung yea Deen..

Kisah TeLadan..

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar. Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa.

Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. "Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.." "Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."

Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Maafkan Mama Sayang...

Assalammualaikum...

pada pagi ini ana nak kongsi sedikit kisah yang ana baca ..

Mira mengelap badannya yang basah dengan tuala biru. Apabila dirasakan badannya sudah kering, Mira belari-lari anak menuju ke almari Mickey Mouse yang terletak bersebelahan katilnya.Dibuka almari yang berwarna coklat, Mira merenung sejenak melihat baju-baju yang tergantung. Mira membelek......................dua tiga helai baju, akhirnya Mira memilih gaun merah hati separas lutut. Baju itu sebenarnya baju Kak Diba, tapi kak Diba tak muat lagi pakai baju itu. Bukan baju ini saja milik Kak Diba, malah hampir semua baju yang tergantung dalam almari ini adalah baju kak Diba. Kak Diba besar sikit daripada Mira. Kak Diba tinggi, kalau Mira jenjeng kaki baru sama tinggi dengan Kak Diba. Pantas tangan Mira menyarung gaun itu dan Mira menggayakannya di hadapan cermin. Kemudian Mira mencapai sikat, menyisir rambutnya yang pendek. Bedak 'Baby Johnson' yang terletak di atas kepala katilnya dicapai, digoncang bedak itu dan dituangkan di atas telapak. Bedak itu disapu ke mukanya yang agak gelap. Kulit kak Diba tak gelap, kulit kakaknya yang seorang itu putih, putih macam kulit mama. Agaknya sebab itu mama sayang dan selalu cium kak Diba. Selesai menyapu bedak, Mira pantas menuruni anak tangga menuju ke pintu besar.Mira nak tunggu mama.

Semalam Mira dengar mama cakap dengan kak Diba, nak bawa Kak Diba pergi ke KFC. Mama kata nak sambut hari lahir Kak Diba. Kata Kak Diba semalam, mama beli kek coklat Teddy Bear untuknya. Mira dapat bayangkan betapa seronoknya dapat makan kek. Tiap-tiap tahun mama belikan kek untuk Kak Diba. Atas kek itu mama letakkan lilin. Tahun lepas, Mira bilang atas kek Kak Diba, ada tujuh batang. Kak Diba tiup api lilin itu sehingga padam. Masa Kak Diba nak tiup lilin orang akan nyanyi. Bila lilin dah padam orang tepuk tangan, kemudian Kak Diba pun potong kek. Kak Diba dapat banyak hadiah. Macam-macam hadiah kak Diba dapat. Tapi mama tak pernah beli kek untuk Mira, Mira pun nak tiup lilin juga, macam Kak Diba, tapi mana ada kek. Mira pun nak dapat hadiah macam kak Diba. Kadang-kadang Mira ambil kek muffin yang mama beli kat pasaraya bawa masuk dalam bilik, Mira kunci pintu bilik dari dalam kemudian Mira letakkan lilin atas kek kecil itu, kemudian Mira pun tiup. Tapi Mira langsung rasa tak seronok. Tak macam Kak Diba. Tak ada orang nyanyi dan tak dapat hadiah pun.

Mira terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman, Mira terus bangun dan berjinjit memulas tombol pintu kayu yang berwarna coklat. Pintu terbuka, Mira lihat mama dan Kak Diba keluar dari kereta. "Hai Mira," sapa kak Diba sambil menanggalkan kasut sekolahnya. Mira hanya tersenyum."Diba! pergi cepat mandi, nanti kita nak pergi KFC." Kata mama sambil berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Mira. Mira menuruti mama. Mama ke dapur, Mira ke dapur. Mama minum air, Mira tunggu, kemudian mama naik ke atas, Mira pun naik juga. Mama jeling Mira, mungkin rimas kerana Mira asyik mengekori mama. Mira buat selamba je. Mira tetap ikut mama, kalau Mira tak ikut ke mana mama pergi nanti Mira kena tinggal lagi. Mira tak nak kena tinggal. Kalau kena tinggal, tak dapatlah Mira makan kek Teddy Bear coklat, tapi itu tak penting, yang penting Mira nak pergi KFC. Mira selalu dengar Kak Diba cerita seronok sangat pergi KFC. Lina dan Aishah anak makcik Eton pun selalu beritahu mereka seronok kalau dapat ke KFC, dapat makan ayam, kentang goreng, ada permainan dan macam-macam lagi. Mira hanya terlopong mendengar cerita Kak Diba, Lina dan Aishah. Mira teringin benar nak ke sana. Lagipun Mira selalu tengok dalam TV iklan KFC, ayamnya sedap. Kalau tak sedap, masakan sampai mereka menjilat jari.

Mama masuk bilik, Mira pun masuk sama."Mira, kenapa ikut mama aje ni?," nyaring suara mama. Mira tak rasa takut pun kerana Mira dah biasa sangat kena marah dengan mama. Mira diam, hanya tunduk dan duduk di birai katil mama. Mama kemudiannya masuk ke bilik air. Bilik mama besar, ada tv, ada kerusi, katil mama pun besar, tak macam katil Mira, kecil aje.

Berhadapan dengan katil mama ada sebuah meja yang dilengkapi cermin besar, atas meja tu ada macam-macam botol dan bekas. Ada gincu, ada bedak, ada celak. Yang Mira hairan celak mama macam pencil Mira dan Kak Diba. Mira ingat lagi mama piat telinga Mira, dan rotan punggung Mira kerana gincu yang baru mama beli patah, tapi sebenarnya bukan Mira yang buat, Kak Diba yang patahkannya."Mama, tolong ikat tali belakang baju Diba," kak Diba tiba-tiba muncul. Cantiknya baju Kak Diba. Baju yang Kak Diba pakai tu, mama beli semalam. Warna putih dan ada sedikit corak."Nanti kejap Diba, mama pakai baju dulu." Mama baru keluar dari bilik air, kemudian mama meluru ke almari besar, mama membuka almari, memilih baju. Banyak betul baju mama, macam-macam warna. Mama capai blaus dan seluar panjang berwarna biru lembut.Setelah siap pakai baju, mama ikat tali baju kak Diba. Kemudian mama pimpin tangan Kak Diba ke meja soleknya. Mama ambil sikat dan menyisir rambut kak Diba yang panjang melepasi bahu. Mama tak pernah pun sikat rambut Mira. Hanya Mak Mah saja yang kadang-kadang menyikat rambut Mira. Mama kemudian ikat rambut Kak Diba, mama selitkan reben di atas Kak kak Diba. Kemudian mama selitkan juga pin rama-rama di rambut Kak Diba. Bergerak-gerak rama-rama itu. Mama ambilkan bedak dan sapu di Kak kak Diba, kemudiannya menyapu bedak, gincu dan celak. Setelah siap, mama capai beg tangan yang warnanya sama dengan baju mama.

Mama pimpin tangan Kak Diba menuruni tangga. Mira ikut dari belakang. Sampai di muka pintu Mira berlari pantas memintas mama dan Kak Diba menuju kereta Wira biru gelap, di laman."Nak pergi mana ni, Mira?" Mira diam dan semakin merapati kereta dan memegang pembuka pintu kereta. "Diba masuk." Mama membuka pintu depan."Biarlah Mira ikut kita mama.""Tak payah! menyusahkan dan buat malu saja," tengking mama dan kemudian memegang kedua belah pergelangan tangan Mira dan menyeret Mira mejauhi kereta. Mira meronta minta dilepaskan gengaman tangan mama. Makin kuat Mira meronta makin kejap tangan mama memegang lengan kecilnya itu."Eee degilnya budak ini. Mama kata masuk... masuk." Mira geleng kepala."Mak Mah, Mak Mah ambil Mira ni...," lantang suara mama memanggil Mak Mah. Mira ditariknya ke muka pintu. Mak Mah yang agak gempal itu berlari terkedek-kedek. Mak Mah pegang Mira, Mira meronta mahu dilepaskan. Mak Mah peluk Mira."Nanti Mak Mah bawa Mira pergi kedai, kita beli aiskrim ye sayang..." Mira meronta lagi, dia tak nak pergi kedai, dia nak pergi KFC. Mira dah puas pergi kedai tepi jalan sana tu, Mira dah jemu makan aiskrim. Mira nak makan aya goreng macam dalam tv. Kereta biru tua mama meluncur laju meninggalkan Mira dan Mak Mah.Air mata Mira mengalir, Mira meronta lagi. Sampai hati mama tak ajak dia, Mira leraikan pelukan Mak Mah dan berlari naik ke biliknya. Mak Mah cuma melihat saja.

Di hatinya terselit rasa simpati terhadap anak majikannya yang seorang ni. Mak Mah tahu puannya tak suka Mira. Bagi majikannya itu, kelahiran Mira seolah-olah membawa sial yang merampas sgala kebahagiaan yang dimilikinya.Mira dilahirkan bisu 6 tahun lalu. Kehadiran Mira menjadi punca perpisahan majikannya dengan suami. Rumahtangga yang dibina tanpa restu keluarga itu terus berantakan dengan kelahiran Mira. Encik Rashid tidak dapat menerima kecacatan Mira dan menuduh bahawa kecacatan berpunca dari Puan Maria. Keluarga Encik Rashid juga cuba menangguk di air yang keruh, menghasut agar Rashid meninggalkan menantu bukan pilihan mereka. Akhirnya Encik Rashid berkahwin lain dan meninggalkan Puan Maria. Penceraian mereka memberi pukulan hebat kepada Puan Maria. Segala kemarahannya dihamburkan kepada Mira yang tak pernah mengerti apa-apa. Si kecil itulah tempat dia melepaskan segala amarahnya. Kadang-kadang Mak Mah cuba menasihati majikannya itu, tapi nasihatnya ibarat mencurah air di daun keladi. Lagipun Mak Mah sedar dia cuma orang gaji, mana layak menasihati majikannya itu.

Mira menangis teresak-esak di katil. Segala benda di atas katil dibalingnya. Dia betul-betul rasa benci pada mamanya. Sampai hati mama meninggalkannya. Mama dah tak sayangkannya lagi. Memang tak pernah sayangkannya. Mama tak pernah beli baju untuknya. Mama tak pernah beli mainan atau buku untuknya. Mama cuma beli untuk Kak Diba seorang saja. Mama tak pernah cium pipinya. Yang mama cium hanya pipi gebu Kak Diba seorang. Mama tak pernah mendukungnya, jauh sekali membawanya berjalan-jalan. Cuma sekali, itupun tak sempat makan, mama telah menarik tangannya dan Kak Diba keluar dari restoran. Mira tak tahu kenapa, tapi yang pasti dan Mira lihat semua orang pandang ke arah mama, Kak Diba dan Mira. Mereka akan menjeling pada Mira bila Mira bercakap menunjukkan isyarat tangan. Mereka pandang dan berbisik-bisik. Lepas tu mama bawa Mira dan Kak Diba sebelum makanan terhidang.Mata Mira terpandang tabung berbentuk rumah yang terletak di kepala katilnya. Dicapainya tabung pemberian Mak Mah itu, Mira cuba membuka penutup tabung tersebut. Setelah gagal membukanya, Mira berasa geram sangat lalu menghempaskannya ke lantai. Berkecai tabung rumah yang diperbuat daripada tanah liat itu. Bertaburan duit. Mira pantas mengutip duit yang bertaburan itu dan kemudiannya memasukkan ke dalam poket gaunnya.Kemudian pantas Mira keluar dari biliknya dan berjalan berdengket-dengket menuruni anak tangga. Di hujung anak tangga, mata MIra melilau mencari kelibat Mak Mah. Mira tak nak bertembung dengan Mak Mah, dia tak nak rancangannya terhalang lagi. Perlahan-lahan Mira merapati pintu dan membukanya lalu keluar menuju ke arah jalan besar.

Mak Mah mengesat peluh yang mengalir didahinya dengan hujung lengan baju kurung Kedah. Letih betul rasanya hari ni, mana tidaknya, banyak betul kerja yang perlu dibereskan. Dua hari dia bercuti, membukit baju-baju tak di basuh, bertimbun pinggan mangkuk dalam sinki. Itu belum lagi sampah yang lain."Mana si Mira ni... senyap je. Biasanya petang begini Mira akan merengek nak itu, nak ini," bisik Mak Mah sendirian. "Tidur agaknya," teka Mak Mah sambil mengambil vakum untuk membersih permaidani di ruang tamu yang telah dihinggapi habuk.Terkejut Mak Mah apabila melihat pintu besar ternganga luas. Ditutupnya pintu itu kemudian dia bergegas ke tingkat atas."Mira, Mira..." jeritnya. Tiada sebarang jawapan. Mak Mah menjengah bilik Mira. Terkejut Mak Mah melihat serpihan tabung Mira bertaburan. Hatinya diserbu rasa bimbang. Sejurus kemudian terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Mak Mah pantas turun dan bergegas mendapatkan puannya. Belum sempat Puan Maria menanggalkan kasut Mak Mah menerpa."Puan, Mira dah tak ada dalam biliknya. Dia dah lari.""Lari? Mak Mah dah cari?""Dah, tabung duitnya habis pecah.""Macam mana Mak Mah jaga dia?" Puannya mula naik angin."Tadi Mak Mah membasuh, sedar-sedar masa Mak Mah nak bersihkan karpet ni, Mak Mah tengok pintu terbuka. Bila Mak Mah naik atas, Mira dah tak ada." Kian getar suara Mak Mah berkata. Kelopak matanya mula digenangi air."Ke mana pula budak ni.""Mira mana Mak Mah?" tegur Diba yang sedang memegang plastik yang sarat dengan hadiah.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba terpancul Encik Latif suami makcik Eton di muka pintu."Wa'alaikumsalam. Masuklah." Encil Latif melangkah masuk."Puan Maria, saya harap Puan Maria banyakkan bersabar. Mira... Mira...""Kenapa dengan Mira?" Hati puan Maria diserang kebimbangan.

"Mira kemalangan, dia cedera parah. Saya terlanggar dia dekat hujung simpang sana tu," kata-kata Encik Latif bagaikan menghempas batu ke kepalanya. Berpinar-pinar pandangannya."Mira... Miraaaaa...."

"Mama... Mama..." Puan Maria terasa bahunya digoncang. Bila dia membuka matanya. Diba dan Mak Mah berada di sebelahnya.

"Mama, Mira dah balik, tu ada kat luar. Tadi pakcik hantar. Tapi Mira tidur je dari tadi." Diba bersuara memberitahu mamanya.

"Tidur?! Macam mana Mira Mak Mah?"

"Sabarlah Puan Maria. Tuhan lebih sayangkan dia, sabarlah."

"Tidak... Tidak Mak Mah..."Puan Maria pantas menerpa ke ruang tamu. Dilihatnya tubuh kecil yang pernah dibencinya kaku terbaring menghadap Ilahi. Puan Maria terjelepuk.

"Maafkan mama, sayang..

KeLebihan Sembahyang Sunat Terawih...



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan RAmadhan:

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang
bernama ‘Al-Kauthar’”.

Rujukan:- Fadhilat Rejab. Sya'aban, Ramadhan oleh Budiman Radhi.

FACeBOOk......

Assalammualaikum....

Alhamdulillah hari ni dapat juga Ana update blog.. selepas sembuh dan sihat dari demam baru rasa ada mood nak menjengah blog sendiri ataupun melawat blog2 lain... banyak blog mengisahkan tentang penularan wabak H1N1 & kedatangan ramadhan yang kian hampir... ana tertarik dengan blog http://www.cutefrog78.blogspot.com ( teacher ana masa kat sekolah rendah ) menceritakan kisah Facebook... semoga sama-sama kita dapat kongsi maklumat ni bersama... ( maklumat yang ana ambil dari blog teacher ana)

Ini emailnya..:

pasal FaceBook Betulkah ?????

Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life . Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .Aku tak laa baik sangat. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.
p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!
p/s: Sorry..saya cuma berkongsi cerita....I would like to know bout your opinion bout this.


CeriTa di Sebalik Gambar..

Assalammualaikum..

maaf kepada semua pengunjung atas kelewatan ana update blog.. atas kesibukan masa dan kelambatan internet disini membuatkan ana banyak kali menangguhkan untuk update blog ini. pelbagai peristiwa dan perkara telah berlaku, ana hanya dapatkan paparkan gambar untuk tatapan pengunjung semua...

MADEENA ALEESYA AZZAHRAH...



madeena si mata bulat yang kini berusia 4 bulan.. makin sihat montel dan tembam.. rasa baru je madeena ni lahir .. sekejap je masa berlalu, sekarang dah makin besar..




ni madeena dalam kereta tunggu ummi pergi beli barang..


madeena ni paling suka tengok orang makan, mulut dia pun kunyah2.. jadi ummi pun belikan madeena nestum.. masa hari pertama 2 mimik muka madeena pelik sikit ye la kali pertama makan mana tak peliknya dia..



madeena ni macam confuse je dengan apa yang ummi suap.. tengok pelik je kat sudu 2...madeena makan jarang2 je.. baru 3 malam dia makan..madeena ni nak menambah kemontelan dia..
QISWAH SYAHEEDAH AZZAHRAH
ni qiswah dalam kereta juga.. qiswah, madeena dengan k.long kena tunggu ummi dalam kereta.. ummi per beli barang..



ni gambar qiswah masa tersembam kat lantai masa main dengan abang salam.. banyak sangat darah keluar.. bibir bengkak pas 2 terkoyak besar kat dalam 2...
muka dah jadi macam orang lain, bengkak mulut.. menangis sampai tertidur, esoknya qiswah ni x pergi sekolah, tak boleh makan nasi keras. ummi buat bubur jer.. gambar ni masih mulut tengah bengkak gambar kat atas 2 masa tengah sihat walafiat.. berbeza sangat muka qiswah masa 2...
AN-NUUR ISLAMIC PREESCHOOL


ni gambar bakal doktor2 muda.. semua pelajar anis diwajibkan memakai topeng muka atas keselamatan dan pencegahan dari H1N1.. nasib baik diaorang ni tak banyak ragam semua ikut arahan.. siap cerita lagi dekat diaorang ni macammana jangkitan, apa 2 H1N1.. balqis cakap bukan H1N1 la tapi selsema khinzir.. lawaknya la adik-adik ni..punya la tak nak mencarut, nak sebut H1N1 semuanya x pandai.. selsema khinzir pun khinzir la..asalkan adik2 ni memahami penyakit 2 berbahaya.. dan diaorang patuh memakai topeng2 muka 2 sampai habis waktu belajar..

REHLAH..


baru2 ni adik2 anis menyertai aktiviti tahunan Pusat Pengajian Islam An-Nuur.. semua siap sedia berpakaian sukan.. gambar kat atas 2 tengah buat perhimpunan.. tak sabar2 nak main dekat pantai..






dengan penuh semangat jihad ... bakal2 pejuang menegakkan agama Islam...



aik siap bawa baldi lagi 2.. ni mesti nak buat istana pasir...adik2 anis dijemput ibubapa masing2 pada pukul 3.00 p.m.
ni je la yang ana dapat coretkan buat masa ni..

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com