Assalammualaikum..
diaorang ni macam2 ragam semuanya berbeza. ada yang manja, ada yang mood tak menentu, ada yang tak suka aktiviti mewarna ada yang suka pukul budak lain ada yang suka melompat pendek kata macam2 la perangai diaorang ni.. kadang2 mencabar kesabaran cikgunya. diaorang ni tak boleh dimarah sangat, biasalah bebudak.. klu nak bagi diaorang semangat kena puji setiap pe yang dia buat, senyum sampai kat telinga la diaorang ..
gambar kat bawah ni gambar pelajar Anis tapi tak semua, ada juga yang tak datang..
berdiri dari kiri: M.Baihaqi(5), M.Naj Lokman(5), Tengku Sulaiman(3),M. Al-Amin (5),Tengku Abdul Aziz (5),M.Zarul Azahan (5), Imam Izzuddin Abdussalam (5), M.Adha (4)
duduk dari kiri : Nur Alia Zulaikha (5), Qiswah Syahedah Az-Zahrah (4), Intan Irnilam Putri (5), Norasyikin Balqis ( 4), Nor Batrisyia Qistina (4)
tiada dalam gambar :- M. Hilman (3), M.Saiful Asyraf ( 3), Nur NAzira Ayuni (4), Nur Najihah(4),Yahya Ayyash (4)
Untuk menghilangkan strees kadang2 pelajar Anis Menonton CD, Cd Kegemaran diaorang Cd kartun Kucing yang bertajuk "Kittun Dhoif". CD kartun cerita versi Bahasa Arab ni Abah ana beli semasa Pesta Buku dekat PWTC tahun lepas.. diaorang ni siap boleh hafal lagu tema Cd Kartun ni.. cerita ni berkisah anak kucing yang terpisah dari ummi dia.. seronok tengok cite ni x bosan pun..bahasa Arab dia mudah difahami oleh kanak2..
Ni Qiswah ( adik Ana) walaupun Adikr sendiri kalau buat salah kena juga marah.. qiswah ni panggil Ana cikgu kadang sampai tersasul kat rumah panggilan cikgu 2, lastnyer sekarang qiswah tak panggil ana kakak atau k.long dah panggil cikgu jer.. qiswah ni dulu paling tak suka bila kena sambung titik.. kalau ada je latihan sambung kan titik dia la orang pertama tarik muka x suka.. tapi sekarang terbalik plak qiswah ni siap merayu2 suruh buat latihan sambung kan titik.. dah pakar dah sekarang, tengok 2 kemas tak hasil kerja dia, semangat menulis.. tangan kecik jer... berbaloi juga dok pakse diaorang sambung titik hari2.. mewarna pun dah cantik.. pekse baru ni dapat Mumtaz dapat la No 4..Tahniah Qiswah..
Ni aktiviti lepas rehat / menulis atau mewarna.. kadang2 kena main juga kalau tak Muka sorang2 Tension jer, macam nak telan cikgu dia yang tengah mengajar 2.. gambar ni tak nampak muka.. kopiah putih 2 Zarul Azahan Dan Kopiah hijau 2 Tengku Sulaiman ( Angah ).. dua2 ni anak kakitangan Pusat Pengajian Islam An-Nuur jugak..
Ni Salam(5).. cantik tak rumah salam ??
habis puzzle ABC jadi rumah.. macam2 la budak2 ni.. Cikgu suh cantum ABC dia pergi buat Rumah.. nak marah pun tak boleh, imiginasi budak2 macam2..lastnyerr kena la puji atas kepandaiannya mereka rumah puzzle 2..
tengah wat latihan nasyid..
4 julai ni Pusat Pengajian Islam An-Nuur akan adakan Ihtifal, Pelajar Anis pun tak terkecuali kena ambil bahagian.. puas dah ana pikir apa yang mampu agaknya budak2 kecil ni boleh buat.. separuh dari pelajar Anis ni pemalu+manja ada juga yang tak boleh diam.. macammana agaknya nak letak diaorang 2 atas pentas..puas la ana pikir. mula2 nak wat pidato tapi tak sempat masa tinggal lagi 2 minggu je lagi, kalau nak wat nasyid kena semua hafal.. pening2..
tiba2 ana teringat budak ni dah hafal semua lagu nasyid yang ana selalu pasang sebelum waktu kelas bermula, ana selalu pasang lagu nasyid waktu pagi, sambil2 tunggu pelajar lain datang dan sessi persekolahan bermula, selalunyer ana akan pasang satu CD yang sama berulang kali selama sebulan.. kiranya diaorang ni semua dah hafal semua lagu nasyid yang pernah ana pasang..
jadi akhirnya diaorang akan adakan persembahan nasyid..dan pembacaan hadis untuk 4 tahun dan 5 tahun..nak tengok macammana ragam diaorang ?? jemputla datang Ihtifal An-Nuur pada 4 julai 2009 ni ye..
ni Norasyikin Balqis ( 4 ) tengah buat latihan bacaan hadis .. 4 hadis dengan ayat 1000 dinar.. dia ni Cute rapat dengan cikgu dia, kcil je tapi suara kasar la juga berbanding dari badan dia yang kecil 2..
nak dengar bacaan Balqis ?? jemput hadir ..
pukul 11.30 masa balik.. tapi tunggu.. sebelum balik kena jawab kuiz dulu.. dah dapat jawab baca doa balik dan boleh balik, esok datang sekolah jangan nakal2 yea..
hemm ni je la yang dapat ana coretkan serba sedikit kehidupan bersama Adik2 Cute ni... okeylah Ana Minta diri dulu.. lepas ni mungkin Ana busy jadi Asiff kepada semua pengunjung blog kalau ana lewat Up date..
InsyaAllah Ana akan Up date waktu Ihtifal nanti..
No comments:
Post a Comment