Kedudukan Aurat Wanita Islam


Salam Perjuangan…
Untuk membolehkan para pelawat blog sekalian memahami kedudukan aurat wanita Islam yang merdeka dinisbahkan kepada lelaki ajnabi (bukan muhrimnya), berikut adalah pendapat mazhab berhubung dengan aurat ;

Mazab Syafie
1.Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali. Demikian menurut qaul yang paling sahih atau muktamad.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.

Mazhab Hambali
1. Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali menurut qaul yang paling sahih.

Mazhab Hanafi
1. Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Bagaimanapun jika mendedahkannya boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup dan dua tapak tangan itu.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki hingga pergelanggannya.

Mazhab Maliki
Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup.
Daripada pendapat mazhab-mazhab di atas menunjukkan bahawa masalah aurat wanita Islam adalah jelas tidak ada perselisihan yang ketara dipandang dari sudut hukum. Dengan itu tidak ada ruang untuk dipertikaikan tentang masalah aurat di mana ia telah menjadi peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita Islam.

2 comments:

Munir said...

jadi.. memang kaki perempuan bukan aurat ke?

IZZATUL HANIS SHAARI said...

kaki aurat.kan di tulis di atas semua kecuali muka dan tapak tangan.

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com