Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah..

Awal Muharram, Mohon Keberkatan.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1430h ini. Alhamdulillah, Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makatul Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah.

Selain itu kita juga mengambil sebanyak mungkin peluang untuk memperbaiki mutu kerja kita dalam menjunjung tinggi kalimah 'Lailahaillallah' serta tugasan harian kita yang lain. Sebaik-baik akhlaq adalah akhlaq yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, insya Allah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita.

Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas kepada seluruh umat manusia. Selagi kita berpeluang mengecapi nikmat Allah, selagi itulah kita dituntut untuk berjuang di jalan-jalan Allah. Bila kita buat kerja Islam ni, labudda kita akan bertemu dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Jalan yang sedang kita lalui ini bukan dihamparkan dengan permaidani merah berwangikan haruman bunga mawar, tetapi yang menjadi santapan kaki-kaki kita adalah onak dan duri. Semoga kita dapat kembali kepada Allah s.w.t di akhirat kelak dengan hati yang sejahtera. Salam Maal Hijrah


Doa Akhir Tahun
Perlu dibaca pada waktu asar (sebelum maghrib) 30 Zulhijjah (28 Disember 2008).
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan,

apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan!
Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun
Perlu dibaca pada waktu selepas solat maghrib (28 Disember 2008)Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

No comments:

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com