KeLebihan Sembahyang Sunat Terawih...



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan RAmadhan:

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang
bernama ‘Al-Kauthar’”.

Rujukan:- Fadhilat Rejab. Sya'aban, Ramadhan oleh Budiman Radhi.

FACeBOOk......

Assalammualaikum....

Alhamdulillah hari ni dapat juga Ana update blog.. selepas sembuh dan sihat dari demam baru rasa ada mood nak menjengah blog sendiri ataupun melawat blog2 lain... banyak blog mengisahkan tentang penularan wabak H1N1 & kedatangan ramadhan yang kian hampir... ana tertarik dengan blog http://www.cutefrog78.blogspot.com ( teacher ana masa kat sekolah rendah ) menceritakan kisah Facebook... semoga sama-sama kita dapat kongsi maklumat ni bersama... ( maklumat yang ana ambil dari blog teacher ana)

Ini emailnya..:

pasal FaceBook Betulkah ?????

Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life . Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .Aku tak laa baik sangat. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.
p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!
p/s: Sorry..saya cuma berkongsi cerita....I would like to know bout your opinion bout this.


CeriTa di Sebalik Gambar..

Assalammualaikum..

maaf kepada semua pengunjung atas kelewatan ana update blog.. atas kesibukan masa dan kelambatan internet disini membuatkan ana banyak kali menangguhkan untuk update blog ini. pelbagai peristiwa dan perkara telah berlaku, ana hanya dapatkan paparkan gambar untuk tatapan pengunjung semua...

MADEENA ALEESYA AZZAHRAH...



madeena si mata bulat yang kini berusia 4 bulan.. makin sihat montel dan tembam.. rasa baru je madeena ni lahir .. sekejap je masa berlalu, sekarang dah makin besar..




ni madeena dalam kereta tunggu ummi pergi beli barang..


madeena ni paling suka tengok orang makan, mulut dia pun kunyah2.. jadi ummi pun belikan madeena nestum.. masa hari pertama 2 mimik muka madeena pelik sikit ye la kali pertama makan mana tak peliknya dia..



madeena ni macam confuse je dengan apa yang ummi suap.. tengok pelik je kat sudu 2...madeena makan jarang2 je.. baru 3 malam dia makan..madeena ni nak menambah kemontelan dia..
QISWAH SYAHEEDAH AZZAHRAH
ni qiswah dalam kereta juga.. qiswah, madeena dengan k.long kena tunggu ummi dalam kereta.. ummi per beli barang..



ni gambar qiswah masa tersembam kat lantai masa main dengan abang salam.. banyak sangat darah keluar.. bibir bengkak pas 2 terkoyak besar kat dalam 2...
muka dah jadi macam orang lain, bengkak mulut.. menangis sampai tertidur, esoknya qiswah ni x pergi sekolah, tak boleh makan nasi keras. ummi buat bubur jer.. gambar ni masih mulut tengah bengkak gambar kat atas 2 masa tengah sihat walafiat.. berbeza sangat muka qiswah masa 2...
AN-NUUR ISLAMIC PREESCHOOL


ni gambar bakal doktor2 muda.. semua pelajar anis diwajibkan memakai topeng muka atas keselamatan dan pencegahan dari H1N1.. nasib baik diaorang ni tak banyak ragam semua ikut arahan.. siap cerita lagi dekat diaorang ni macammana jangkitan, apa 2 H1N1.. balqis cakap bukan H1N1 la tapi selsema khinzir.. lawaknya la adik-adik ni..punya la tak nak mencarut, nak sebut H1N1 semuanya x pandai.. selsema khinzir pun khinzir la..asalkan adik2 ni memahami penyakit 2 berbahaya.. dan diaorang patuh memakai topeng2 muka 2 sampai habis waktu belajar..

REHLAH..


baru2 ni adik2 anis menyertai aktiviti tahunan Pusat Pengajian Islam An-Nuur.. semua siap sedia berpakaian sukan.. gambar kat atas 2 tengah buat perhimpunan.. tak sabar2 nak main dekat pantai..






dengan penuh semangat jihad ... bakal2 pejuang menegakkan agama Islam...



aik siap bawa baldi lagi 2.. ni mesti nak buat istana pasir...adik2 anis dijemput ibubapa masing2 pada pukul 3.00 p.m.
ni je la yang ana dapat coretkan buat masa ni..

Tips Utk WANITA dan GADIS



Tips utk WANITA dan GADIS



Anda ingin lebih cantik dan menarik?



1. Oleskan 'lipstik kejujuran'pada bibir anda,nescaya anda lebih manis.
2. Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang dibuat dari salun keimanan.
3. Pakailah 'sabun istigfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
4. Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islami' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
5. Hiasilah kedua tangan anda dengan 'gelang tawadhuk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhuwah'.
6. Sebaik-baiknya kalung anda dengan 'kalung kesucian'.
7. bedaklah wajah anda dengan 'air wudhuk' nescaya akan becahaya di akhirat

Kisah Asal usul Hajarul Aswad


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.


Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.


Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."


Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"


Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."


Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.


Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.


Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah...

Di kisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."


Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."


Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."


Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.


Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.


Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.


Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya
."



Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.


2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.


3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.


2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.


3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.


4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.


5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com