macam-macam ragam

Assalammualaikum..

hem dah lama tak story pasal anak2 didik Anis ni.. sekejap je masa berlalu.. sedar2 dah tengah tahun..pelajar-pelajar Anis pun dah selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun dengan jayanya.. keputusan peperiksaan pun dah dapat, tempat pertama Imam Izzuddin Abdussalam ( 5 tahun) tempat kedua Intan Irnilam Putri ( 5 tahun ) ketiga Tengku Abdul Aziz (5 tahun ) keenpat Qiswah Syahedah Az-Zahrah ( 4 tahun) kelima Nur Nazira Ayuni ( 4 tahun).
diaorang ni macam2 ragam semuanya berbeza. ada yang manja, ada yang mood tak menentu, ada yang tak suka aktiviti mewarna ada yang suka pukul budak lain ada yang suka melompat pendek kata macam2 la perangai diaorang ni.. kadang2 mencabar kesabaran cikgunya. diaorang ni tak boleh dimarah sangat, biasalah bebudak.. klu nak bagi diaorang semangat kena puji setiap pe yang dia buat, senyum sampai kat telinga la diaorang ..

gambar kat bawah ni gambar pelajar Anis tapi tak semua, ada juga yang tak datang..


berdiri dari kiri: M.Baihaqi(5), M.Naj Lokman(5), Tengku Sulaiman(3),M. Al-Amin (5),Tengku Abdul Aziz (5),M.Zarul Azahan (5), Imam Izzuddin Abdussalam (5), M.Adha (4)

duduk dari kiri : Nur Alia Zulaikha (5), Qiswah Syahedah Az-Zahrah (4), Intan Irnilam Putri (5), Norasyikin Balqis ( 4), Nor Batrisyia Qistina (4)

tiada dalam gambar :- M. Hilman (3), M.Saiful Asyraf ( 3), Nur NAzira Ayuni (4), Nur Najihah(4),Yahya Ayyash (4)






Untuk menghilangkan strees kadang2 pelajar Anis Menonton CD, Cd Kegemaran diaorang Cd kartun Kucing yang bertajuk "Kittun Dhoif". CD kartun cerita versi Bahasa Arab ni Abah ana beli semasa Pesta Buku dekat PWTC tahun lepas.. diaorang ni siap boleh hafal lagu tema Cd Kartun ni.. cerita ni berkisah anak kucing yang terpisah dari ummi dia.. seronok tengok cite ni x bosan pun..bahasa Arab dia mudah difahami oleh kanak2..


Ni Qiswah ( adik Ana) walaupun Adikr sendiri kalau buat salah kena juga marah.. qiswah ni panggil Ana cikgu kadang sampai tersasul kat rumah panggilan cikgu 2, lastnyer sekarang qiswah tak panggil ana kakak atau k.long dah panggil cikgu jer.. qiswah ni dulu paling tak suka bila kena sambung titik.. kalau ada je latihan sambung kan titik dia la orang pertama tarik muka x suka.. tapi sekarang terbalik plak qiswah ni siap merayu2 suruh buat latihan sambung kan titik.. dah pakar dah sekarang, tengok 2 kemas tak hasil kerja dia, semangat menulis.. tangan kecik jer... berbaloi juga dok pakse diaorang sambung titik hari2.. mewarna pun dah cantik.. pekse baru ni dapat Mumtaz dapat la No 4..Tahniah Qiswah..


Ni aktiviti lepas rehat / menulis atau mewarna.. kadang2 kena main juga kalau tak Muka sorang2 Tension jer, macam nak telan cikgu dia yang tengah mengajar 2.. gambar ni tak nampak muka.. kopiah putih 2 Zarul Azahan Dan Kopiah hijau 2 Tengku Sulaiman ( Angah ).. dua2 ni anak kakitangan Pusat Pengajian Islam An-Nuur jugak..



Ni Salam(5).. cantik tak rumah salam ??

habis puzzle ABC jadi rumah.. macam2 la budak2 ni.. Cikgu suh cantum ABC dia pergi buat Rumah.. nak marah pun tak boleh, imiginasi budak2 macam2..lastnyerr kena la puji atas kepandaiannya mereka rumah puzzle 2..




tengah wat latihan nasyid..

4 julai ni Pusat Pengajian Islam An-Nuur akan adakan Ihtifal, Pelajar Anis pun tak terkecuali kena ambil bahagian.. puas dah ana pikir apa yang mampu agaknya budak2 kecil ni boleh buat.. separuh dari pelajar Anis ni pemalu+manja ada juga yang tak boleh diam.. macammana agaknya nak letak diaorang 2 atas pentas..puas la ana pikir. mula2 nak wat pidato tapi tak sempat masa tinggal lagi 2 minggu je lagi, kalau nak wat nasyid kena semua hafal.. pening2..

tiba2 ana teringat budak ni dah hafal semua lagu nasyid yang ana selalu pasang sebelum waktu kelas bermula, ana selalu pasang lagu nasyid waktu pagi, sambil2 tunggu pelajar lain datang dan sessi persekolahan bermula, selalunyer ana akan pasang satu CD yang sama berulang kali selama sebulan.. kiranya diaorang ni semua dah hafal semua lagu nasyid yang pernah ana pasang..

jadi akhirnya diaorang akan adakan persembahan nasyid..dan pembacaan hadis untuk 4 tahun dan 5 tahun..nak tengok macammana ragam diaorang ?? jemputla datang Ihtifal An-Nuur pada 4 julai 2009 ni ye..


ni Norasyikin Balqis ( 4 ) tengah buat latihan bacaan hadis .. 4 hadis dengan ayat 1000 dinar.. dia ni Cute rapat dengan cikgu dia, kcil je tapi suara kasar la juga berbanding dari badan dia yang kecil 2..

nak dengar bacaan Balqis ?? jemput hadir ..



pukul 11.30 masa balik.. tapi tunggu.. sebelum balik kena jawab kuiz dulu.. dah dapat jawab baca doa balik dan boleh balik, esok datang sekolah jangan nakal2 yea..

hemm ni je la yang dapat ana coretkan serba sedikit kehidupan bersama Adik2 Cute ni... okeylah Ana Minta diri dulu.. lepas ni mungkin Ana busy jadi Asiff kepada semua pengunjung blog kalau ana lewat Up date..

InsyaAllah Ana akan Up date waktu Ihtifal nanti..

Pengalaman & Jenazah..

Firman Allah..

كل نفس ذانقتة الموت وانما توفون اجوركم يوم القيامة

tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati, sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan balasanya pada hari qiamat.

Assalammualaikum...

21/june/2009. Kursus Pengurusan jenazah telah diadakan di Musolla Muslimat Pusat pengajian Islam An-Nuur yang dianjurkan oleh muslimat Pas kawasan.. pendaftaran murah jer rm 5 sorang.. ramai pelajar muslimat An-Nuur ikut serta dalam program ni.. menambah ilmu fardhu kifayah..Ana juga tak melepaskan peluang keEmasan ni.. hemm pendaftaran ditanggung oleh ummi Ana yang pemurah..Terima kasih mie.. seronok sangat kursus ni.. rupanya Ana ni bnyak lagi yang tak tahu tentang ilmu2 pengurusan jenazah, tengok macam senang je kan.. ingatkan main bungkus je, rupa2nya ada turutanya.. ustazah yang mengajar adalah Ustazah Saniah diImport dari Cenderawasih..


ustazah Saniah memberi
penerangan cara2 memotong kain kapan..
kain kapan :bagi lelaki untuk kapan 3 lapis-12 meter jika lebar
kain 60 inci atau 12 meter jika lebar kain 45 inci

bagi perempuan:- untuk kapan 5 lapis- 16 meter jika lebar kain 60 inci atau 21 meter jika lebar kain 45 inci..




seorang model pelajar muslimat An-Nuur yang berani, tak ramai yang berani bila nak kena bungkus2 cam tukan?? ana pun takut.. ana respect kan pelajar ni sebab berani..


Model dibungkus .. cara menyusun kain kapan..
  1. lapis 1 & 2 kain hamparan
  2. telekung
  3. baju/jubah
  4. kain
  5. hamparkan kapas atas ruang

model yang pura2 mati.. bab ni la ana paling takut.. macam real jer kan.. mula2 2 model ni gelak2 jgk, mati dalam iman ( mati tersenyum) Pas 2 ana Suruh pura2 cam mati betul2.. kalau parent dia tengok mesti terkejut punya.. ye la tiba2 je anak dia kena bungkus cam mayat..

2 la pengalaman ana.. semoga ilmu makin bertambah.


Happy Father's 2 Abah..

Assalammualaum..
Ana ingin ucapkan Selamat Hari Bapa untuk Abah ana, Ustaz Mokhtar B Senik..
Segala jasa & Pengorbanan abah tak dapat dibalas.. maafkan segala kesalahan along.. halalkan makan minum along.. along sayang Abah..

abah kat mekkah..

Cuti, Lawatan, Melaka & Negeri 9

Assalammualaikum..
Ana minta maaf kepada semua pengungjung blog, kerana dah lama tak update blog.. kebelakangan ni Ana sibuk sangat.. dengan pelbagai aktiviti.. baru-baru ni Pusat Pengajian Islam An-Nuur telah mengadakan Lawatan Sekolah ke Melaka & Negeri Sembilan.. Banyak tempat Yang menarik telah kami Lawati..Gambar2 di bawah ni Ana ambil semasa Lawatan, buat sementara ni hanya sedikit gambar yang dapat Ana letakkan disini.. InsyaAllah di masa akan datang Ana akan Upload gambar yang lain..




Bas Persiaran No 18 yang telah membawa kami ke Melaka & Negeri 9.


Adik Ana ( Hujjatul Islam ) tertido dalam Bas.. Masa ni kami dalam perjalanan ke Melaka.

Di Muzium Lebah Sedunia..Cantik x ?


Ana dan Sahabat Ana ( Hanim ) di depan Taming Sari, Melaka.


Di Nilai 3, sambil menunggu kedai buka.. kami ambik kesempatan tangkap gambar..


Ana di Kota A Famosa..



Happy Mother's Day 2 Ummi



Selamat Hari Ibu diucapkan khusus untuk ummi ana..
  • Semoga Panjang umur
  • Dimurahkan Rezeki
  • Sihat Sentiasa
  • Terima Kasih Kerana menjaga dan mendidik along..
  • Along Sayang Ummi
  • Semoga ummi sentiasa dilindungi Oleh Allah Selalu....

p/s: ucapan ini juga dituju khas untuk sahabat2 yg sudah bergelar ibu, saudara mara dan seluruh ibu2 di Malaysia....

Madeena Aleesya Munawarrah 41 hari..

السلم علىكم
Alhamdulillah hari ini umur adik ana sudah genap 41 hari.. kiranya dah sebulan lah 2.. cepat jer masa berlalu.. rasanya baru lagi pergi lawat kat hospital.. diberi nama Madeena Aleesya Munawarrah.. kali ni ana banyak upload gambar Madeena sbb sahabat alam maya ana adeq husna nak tengok gambar terbaru Madeena.. Deqhusna k.husna dah tunai janji yea..= )


Tukang Kayu & Mungkar Nangkir


( Cube Lah Baca..)


al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalanya itu.lalu di tanya pada anak-anak semua, "adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti."
lantas menjawab anak, "mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah. kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat."


selang keesokan di panggil semua adik beradiknya. dan beliau berkata, "wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelahaku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini. dan aku juga akan memberi setengah dari hartaku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.
"adik-adiknya pun menjawab, "wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana

mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan

pula di dalam tanah."

lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Di panggil setiausahanya supaya di warwar di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah. kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.dan pada waktu yg sama seorang tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.
isterinya berkata, "wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. lagi pun makanan disediakan."

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.si tukang kayu tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut. si tukang kayu yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir difikiran nya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir. tetapi sebaliknya yang berlaku.
mungkar dan nangkir telah menuju kearahnya dan lalu berkata,
"apa yang kau buat di sini?"
"aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya." kata tukang kayu."

apa harta yang kau ada sekarang?"
"aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki."

"dari mana kau dapat kapak ni?"

"aku membelinya."
lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
hari kedua di tanya pula,
"apa yang kau buat dengan kapak ni?"

"aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual." balas tukang kayu.

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut,

"pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni kat hutan?

"mana ada orang punya pokok?" balas si tukang kayu.
"adakah kau pasti?" lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat,

"adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuran nya dan beratnya sama untuk di jual?"

"aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata," kata tukang kayu.

lalu hilang dan muncul mungkar dan nangkir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
dan di hari terakhir ke40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lagi bertemu dengan tukang kayu tersebut.

berkata mungkar dan nangkir, "hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.

belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau, si tukang kayu tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiran nya untuk keluar dari kubur tersebut.

si tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.
sampai di rumah, lalu si isteri berkata,

"wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut."

maka jawab si tukang kayu,
"aku tidak mahukannya lagi. sedangkan harta aku yang ada kat
dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. bagaimana dapat aku menjawabnya."

Inilah ContohNya Dunia





maka berhati-hatilah kamu."
DULU ada seorang lelaki datang kepada Nabi Isa as dan ingin bersahabat dengannya. Nabi Isa menerima permintaan lelaki itu.

Satu hari mereka berjalan di tepi sungai dan makan tiga potong roti. Nabi Isa sepotong, sepotong untuk orang itu manakala sepotong lagi disimpan. Nabi Isa kemudian pergi ke sungai untuk minum dan apabila kembali semula roti yang sepotong itu tidak ada. Lalu Nabi Isa bertanya sahabatnya: "Siapa mengambil sepotong roti itu?" Jawab lelaki itu: "Aku tidak tahu."Maka berjalanlah kedua-duanya. Tiba-tiba mereka melihat rusa dengan dua anaknya, maka ditangkap satu daripada anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar. Kemudian dimakan berdua. Lalu Nabi Isa menyuruh anak rusa yang dimakan itu supaya hidup kembali, maka hiduplah ia dengan izin Allah.

Kemudian Nabi Isa bertanya: "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?" Jawab lelaki itu: "Aku tidak tahu."Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanya sahabat itu sekali lagi: "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?" Lelaki itu menjawab: "Aku tidak tahu."Kemudian berjalanlah mereka ketika di hutan. Mereka duduk-duduk dan Nabi Isa mengambil tanah serta kerikil lalu diperintahkan: "Jadilah emas dengan izin Allah." Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibahagi tiga bahagian.

Nabi Isa berkata: "Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti." Serentak sahabat itu menjawab: "Akulah yang mengambil roti itu."Nabi Isa berkata: "Maka ambillah semua bahagian ini untukmu."Lalu kedua-duanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi dua orang yang mahu merompak harta itu dan membunuhnya.

Begitupun, lelaki itu membuat tawaran berkongsi emas dimilikinya. Perompak terbabit setuju, lalu menyuruh seorang pergi ke pasar berbelanja makanan.
Maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya:"Untuk apa kita membahagi wang dan harta ini. Lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja, biar kedua-duanya mati, dan saya ambil semua harta itu."


Lalu dibubuhnya racun dalam makanan itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata: "Untuk apa kita membahagikan harta ini, lebih baik jika dia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua."Ketika datang orang yang berbelanja itu, dia segera dibunuh oleh kedua-duanya, lalu hartanya dibahagi dua. Kemudian mereka makan makanan yang dibubuh racun itu, matilah kedua-duanya, dan tinggallah harta itu di hutan.Kemudian ketika Nabi Isa berjalan di hutan dan melihat hal itu, berkata Nabi Isa kepada sahabatnya

:" Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu."

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com