Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua


Bila Lelaki kehilangan Tulang RusuknYa..


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!


WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?


LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.


Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tutup Aurat Satu Tuntutan

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, mll Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Perkongsian dari > komuniti Auratku Maruahku

kenapa Abang Cintakan Sayang ek ??


Mari kita baca kisah dibawah. sebagai renungan erti Kasih Sayang

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 

Lakaran Sebuah Kehidupan..

Assalammualaikum..


he..3 = ) dah lama x jenguk Blog, bersawang2.. hari ni t'buka hati nak update.. selama Ana x updated ni mcam2 perkara berlaku... kat atas 2 gmbr plajar Anis,saja upload.. Rindu lak lama2 cuti nie.. gambar ats 2 Sebahagian Dari Pelajar Anis 2010..
kelmarin abh Ana dh ke Mekkah ( An-Nuur Travel & Tour ) malam tadi mimpi abah, x tau la knape rindu sesangat.. harap2 abh baik je kat sana, Semoga Dilindungi Allah Selalu.. Sayang Abah... kali ni ana upload gmbr je la, kira cam cerita disebalik gmbr .

masa 27hb mei baru2 ni ader brita btl2 menyentuh hati perasaan Ana dan seluruh family, anak sepupu ana Nurul solehah Najwa meninggal dunia, umur baru 1 tahun 5 bulan.. banyak sgt iktibar dpt diambil.. bila2 mase jer Allah blh ambil kita, bersediakah kita untuk menghadapi semua 2??? kita x dapat duga sapa yg pergi dulu, marilah kita bertaubat sblm terlmbt.. Ana kagum dgn ketabahan yang ditunjukkan oleh ummi arwah solehah, ana x dapat bayang jika ana duduk ditempatnyerr... ( Na'uzubillah)..


Masih Mekar Kenangan Indah ADeq arwah Solehah bersama Ummi & ayahnya.
.
Jauh Solehah termenung.. Apa laa yang difikirkanya.. ( gambar beberapa hari sebelum Solehah meninggal )
P/s : Maaf Ana akan update dan upload gambar kemudian, mcm biasalah Broadband ni.. Slow sangat cam siput H1N1...

kisah kehidupan..





Assalammualaikum..

apa khabar semua pengunjung, dah lama benar ana x mengunjungi dunia blog nie.. banyak kisah yang nk diceritakan tapi masa jer yang x menginzinkan.. kali ni ana berkongsi sedikit cerita mengenai kelas anis.. pada 8hb february baru ni genap 1 tahun Anis beroperasi.. Alhamdulillah kali ni pelajar bertambah, kalau tahun lepas pelajar hanya 16 orang, tahun ni meningkat kepada 36 orang dari umur 3 tahun - 6 tahun harap tahun depan pelajar makin bertambah.. kelas dibahagikan kepada 2 kelas, kelas 5 Al-Khawarizmi ( umur 3-5 tahun ) dan kelas 6 Al-Farabi ( 4 & 6 tahun).. tenaga pengajar pun dah bertambah.. Alhamdulillah kali ini semua operasi berjalan Lancar..



setiap hujung bulan diadakan kelas hafalan.. bulan 1 baru nie hafalan Doa dalm bahasa Inggeris. sebelum cuti baru ni kami adakan Hafalan Bahasa Arab ttg anggota Badan, Alhamdulillah ramai yg dapat mumtaz.. Dah namanya budak2 senang je nak masuk kalau menghafal..



kalau dulu pelajar Anis hanya belajar dan menulis di atas Lantai tapi kali ni dah ada meja, baru gaya kelas.. dulu memang belajar dalam keadaan serba sederhana.. cukup duit dapat la beli sikit2 kelengkapan belajar. Yuran pelajar Anis ni hanya rm 25.oo sebulan, yuran yang cukup2 untuk makan.. 2 yang banyak lagi kekurangan



kali ni sibuk dengan sukan plak..10/3/2010 ni sukan.. bertambah busy la nk uruskan budak2 ni..

2 je la yang dapat ana kongsikan..



nak kongsi pasal family plak




Ni gambar An-Nuury Princess, ni la adik beradik perempuan Ana, ana ni ramai adik2 lelaki, yg sulung perempuan yang bongsu pun perempuan, kiranya penutup la 2.. yang kedua perempuan Mu'minatul Hassanah 14 thn http://qiswahhassanah.blogspot.com. sekarang blajar kat Pasir Mas Kelantan.. Hope dia kekal pakai Niqab & menjadi Anak Yg solehah, semoga berjaya..




Ni plak gambar hero2 kat umah Ana.. Hari ni ( 19hb february ) hari Lahir islam yang ke 10.., selamat hari Lahir, semoga berjaya Didunia Dan akhirat & menjadi seorang Hafiz & anak yg
soleh.. 13hb February baru ni plak hari lahir Hasyimi Rafsanjani yang ke-19.. sekarang blajar kat surabaya, pesantren Langitan widang tuban.. semoga berjaya di dunia & akhirat.. semuanya dah meningkat dewasa, tanpa kita sedari usia kian bertambah..

ucapan untuk Hasyimi ( Dhee) & Islam ( Baby)
Hari ini, hari lahirmu..
hari ini bertmbh lagi usiamu..
Hari ini akan bertambah lagi usiamu,
Hari ini kan bertambah jua Tanggungjawabmu..
Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang..
dek ujian yang akan mendatang..
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri....
Hari ini Allah tlh memendekkan lagi jarakmu denganNYA,
semakin berkurang tempoh b'amal,
semakin Kubur mempersiap tmpt ubtukmu,
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
Semakin Hampir Haruman Firdausi atau azab jahanam..
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN ADIK2Ku..



Lembaran Hidup..



Assalammualaikum..
maaf sebab lama tak update.. dah 5 minggu asyik entry yang sama.. awal2 tahun ni sibuk sangat2 x sempat nak update..x dapat on tenet sbb bil bln ni x byr lagi, lagipun broadband 2 asyik wat hal jer slow sesangat..banyak kisah yang nak dikongsikan.. tapi ana x boleh update skarang sebab pinjam broadband & laptop abah.. ana nak ucapkan terima Kasih kepada semua pengunjung blog sebab masih setia melawat blog ana & Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Lahir 2..




ada masa ana akan update lebih panjang..
illa liqqa'

~ Nota ~

Make your own at ProfilePitstop.com